Khamis, 25 Ogos 2011

Jadikan Tajuk Hangat sempena Bercuti Raya

Kedah Times panjangkan saranan Unspinners supaya pembaca-pembaca jadikan tajuk ini sebagai tajuk utama sempena perjumpaan hariraya ini. Isu ini adalah kaitan rapat dengan agama Islam dan umat Islam.

DAP melalui PKR dan PAS sudah mula masuk campur dalam urusan Agama Islam dinegeri-negeri yang diperintah PR. Apa saja tindakan mereka yang bertentangan dengan Islam akan cuba ditutup melalui proksi mereka PAS dan PKR.

Gangguan dalam hal ehwal Islam ini telah berlaku di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Di Kedah, dengan hanya sekali sergah mereka berjaya menghalang dari penguatkuasaan Enakmen Hiburan 1997 Kedah. Di Pulau Pinang, mereka berjaya mengharamkan pembacaan ayat-ayat suci sebelum subuh. Dan kini di Selangor mereka mengganggu JAIS dalam menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sudah menjadikan agenda memurtadkan orang Islam sebagai keutamaan mereka.

Balik kampung jumpa keluarga, kawan-kawan atau adik beradik, ceritalah apa yang sedang dilakukan oleh DAP bersama hambanya PKR dan PAS terhadap Islam di negeri-negeri pemerintahan mereka.


Hari ini sudah Ogos 25 hari bulan. 


Laporan penyiasatan awal sudah dibuat JAIS beberpa hari selepas peristiwa Ogos 3hb. Laporan tersebut pun telah kami siarkan di sini. 


12 orang Melayu Islam yang diminta ke Jais sudah datang minggu lepas dan semua makluat releven sudah dikumpulkan. Tidak boleh tolak berlaku murtad ke ugama Kristian. Dengan ini bermakna ada kesalahan pihak DUMC. 


Kenapa laporan Jais masih tidak keluar lagi? 


Sementara itu, Pengerusi JAIS dilaporkan cuba lepas tangan dengan penafian tidak tahu menahu. 


MB Khaid Ibrahim pun dikatakan cuba mengatur cara untuk menutup isu ini dengan mengumumkan Majis Syura. Bunyi Majlis syuara tapi ahli hanya tiga orang saja termasuk dirinya. 


Nasib Tuanku memberi respon yang segera dan Khalid ditangkap dalam keadaan kecing berdiri sedang menjaja nama Sultan. 


Dari khabar yang kami dengar, pihak JAIS tdak akan caj sesiapa pun. Antara alasan yang di reka-reka adalah tiada siapa boleh dicaj. 


Iya ke.... 


Kami mengungkit kembali tulisan Skrewkuat berhubung Enakmen undang-undang syarie yang terlibat di sini. 


Betul ke tidak ada orang yang boleh dicaj atau Khalid sudah gunakan pengaruh untuk matikan kes ini? 


Harap rakan-rakan blog boleh hebahkan perkara ini. Pihak Dap dan gereja memang mahukan isu ini dimatikan tetapi a tidak mati-mati. 


Apabila balik kampung, pastikan supaya gereja DMUC/GMDU ini dibuat subjek perbualan hari raya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates