Selasa, 9 Ogos 2011

Kebodohan Melampau

Kedah Times paparkan rentetan kemelut MPSPK yang diceritakan oleh  Bicara Kedah. Cuma Kedah Times nak highlight tentang sikap Ahli Majlis lantikan Kerajaan PR Kedah yang menghantar memo kepada MB supaya menukarkan YDP.

Mereka masih tidak faham yang YDP adalah dalam kategori KCS yang mana mereka ini adalah jentera yang menggerakkan negeri. Mereka bebas dari konkongan parti. Pihak Kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan KCS dalam menjayakan apa saja polisi dan keputusan yang dibuat oleh Exco dan MB.

SUK adalah ketua tertinggi KCS, jadi apa saja isu tentang KCS SUK lah yang menentukan, bukan MB.

Inilah pemikiran caca merba mereka, tidak professional tapi nak pegang jawatan juga!


Kemelut Majlis Perbandaran Sungai Petani.



26 Mei 2011: Beberapa Ahli Majlis menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan MPSPK merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang. 


29 Mei 2011: 17 Ahli Majlis lantikan politik memboikot mesyuarat MPSPK. Mereka bertegas supaya Yang Dipertua (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya. Selagi tuntutan tidak dipenuhi, mereka tetap memboikot mesyuarat majlis. 


30 Mei 2011: Seramai 17 Ahli Majlis MPSPK diketuai Ketua WHIP, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit. Sehubungan itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipejabatnya di Wisma Darul Aman. 


19 Julai 2011: Perkara dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut. Kerajaan Negeri memutuskan mengekalkan YDP sekali gus enggan melayan tuntutan 17 Ahli Majlis MPSPK. 


27 Julai 2011: Tiga Ahli Parlimen, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar membuat penilaian semula keputusan mengekalkan YDP MPSPK, Rozaina Radzi. 


9 Ogos 2011: Ketua WHIP, Ishak Man cadang Menteri Besar atau EXCO mempengerusikan mesyuarat MPSPK. Jika tidak mereka terus boikot mesyuarat MPSPK. 

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

NAK TERGELAK PUN ADA. KESIAN PU ADA. DAH TAK KETAHUAN PUNCA MACAM TULAH JADINYA.

Tanpa Nama berkata...

KCS memang balok liat pun.zaman BN PAS seropa je.

Tanpa Nama berkata...

kalau macam itu.dasar kerajaan pas kedah atau pun dasar pegawai kcs kedah.
kcs kedah ini dilihat kurang professional.

kopiah hijau berkata...

ternyata PAS jual Islam demi kepentingan politik mereka.PAS dah takut pada DAP.PAS dah takut hilang undi cina DAP kafir.Tahnaiah pada ulamak PAS kerana takut pada DAP.PAS tipu pak lebai dikampung kata nak buat negara islam.PAS kelentong muslimat di kg kata nak buat negara Islam.PAS TANJUNG pun kena tekan dengan DAP.Pembesar suara pun dah tak boleh waktu subuh,Kalau macam ini ada harapan ke PAS nak tubuh negara Islam .PAS takut pada DAP.PAS dah kena liwat sama DAP.Apa macam mat sabu dan mahpus.Awat diam macam tikus tengok kucing je...

Tanpa Nama berkata...

memang KCS dari zaman Umno perintah sampai zaman Pas perintah cukup teruk.kerja tak efisyen langsung.

Tanpa Nama berkata...

berapa ramai DO yg duduk di daerah e.g Sik,Baling<Bandar Baru,Kulim,Padang Terap.semua nya berulang dari as.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates