Khamis, 25 Ogos 2011

KONSPIRASI PAS?


Mari kita semua berfikir kenapa peguam ini memilih untuk membela 12 orang yang hadir di DUMC tempohari. Siapakah peguam ini sebenarnya? Apakah PAS mempertahankan mereka dari menjadi murtad atau membantu mereka untuk murtad?

Kenapa PAS menghantar peguamnya untuk membela 12 orang ini? Kenapa mereka perlu dibela? Apakah peguam ini akan berlawan dengan JAIS aka Hasan Ali?

Inilah PAS sebenarnya. Menangguk di air keruh tetapi kekadang tertangkap buaya yang bakal membaham mereka sendiri.

Ini petikan dari Mymassa

GEMPAR! 'BERBUKA' DI GEREJA ADALAH KONSPIRASI PAS!

Semakin lama, tembelang PAS makin terbongkar.

Sebelum ini PAS malu-malu kucing untuk mengakui bahawa mereka menyokong aktiviti tersebut.

Kali ini PAS tidak malu lagi untuk mengakuinya.

PAS telah menghantar seorang pemimpin mereka yang juga peguam syarie untuk membela 12 individu tersebut.

Isu gereja: Jangan hina anak guam kami

 Peguam yang mewakili 12 orang Islam yang terbabit dalam kontroversi ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di majlis makan malam amal anjuran Harapan Komuniti di Dream Centre pada 3 Ogos lalu berkata, mereka tidak sepatutnya dicemuh dan dihina, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Sebagai peguam syarie mereka, saya perlu mengingatkan semua pihak untuk menahan diri daripada menuduh mana-mana orang Islam sebagai murtad yang boleh sama seperti kesalahan 'Takfir'," kata peguam Muhammad Burok.

Muhammad Burok
Takfir bermaksud mengkafir orang Islam yang lain.

Muhammad meminta semua pihak supaya bertindak dengan introspeksi dan berhati-hati "agar kita boleh membantu pentadbiran keadilan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang".

"Marilah kita semua berdoa agar keributan yang telah menyebabkan ketegangan dalam hubungan masyarakat kita, akan berlalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kontroversi tersebut, terdapat sentimen awam sedang ditiup dalam pelbagai media cetak dan elektronik, termasuk dalam blog, dengan cara yang menghasut ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. 

"Ini adalah sangat dikesali," tambahnya.

Menurutnya, beberapa penerbitan dan posting amat tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan identiti dan butir peribadi pelanggannya, dan mendedahkan mereka bukan sahaja kepada cemuhan dan hinaan awam, tetapi juga kepada gangguan yang boleh membahaya keselamatan diri mereka.

"Kami menyeru semua pihak yang terlibat dalam media untuk bertindak dengan akal dan kebijaksanaan dengan menahan diri daripada membuat apa-apa penerbitan dan posting sedemikian supaya kita boleh membawa ketenangan dan perspektif pelbagai budaya dan agama dalam masyarakat kita," katanya.

Kepada agensi-agensi penyiasatan dan pegawai-pegawai mereka pula, Muhammad meminta mereka supaya mengekalkan piawaian tinggi profesionalism, integriti dan kerahsiaan.


Untuk makluman pembaca MyMassa, Peguam PAS tersebut merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat (2011-2013). Dia pernah bertanding menentang Datuk Wira Abu Seman di Parlimen Masjid Tanah pada tahun 2004.


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mereka betul-betul sesat. Panduan mereka tidak lain ialah UNDI.

Tanpa Nama berkata...

Elok lah nama dia pun Burok, jangan jadi Turok sudahlah.

Tanpa Nama berkata...

>CEH...YG DEPA DOK KAPIAQ ORG UMNO TU APA??
>KESALAHAN TAKFIR JUGAK KA?

Mat taher berkata...

12 orang.kalau satu orang habis lekeh ada 4 pengikut.maka 12x4=48 orang.confirm dah dapat 48 undi.

48 undi sah dah boleh tubuh sebuah kerajaan.
he he he he
PAS sekarang bukan macam PAS dulu
dulu parti islam sekarang bedal apa saja demi undi
dah jadi rojak,
fatwa berubah-ubah,
sekejap kata boleh.lepas tu kata tak boleh
lebih senang kata harus.

itulah PAS nama nya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates