Khamis, 29 September 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - Pentadbiran


Perkara pertama yang dipaparkan oleh ADUN PAS Jeneri ialah pentadbiran. 3 Tahun memerintah sudah ada ahli PAS berdemo di depan Wisma, tapi mereka menganggapnya tiada apa-apa. Balak ditebang melebihi limit, tidak hairanlah pendapatan balak bertambah.

Kita fikir adakah benar seperti yang diperkatakan?

(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)
1.PENTADBIRAN

a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.

Keterangan:

Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.


Nota: Tidak ada tangkapan dan laporan tak bermakna tiada rasuah.

b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

Keterangan:

Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.

Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewangan negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

Nota : Rakyat tidak merasa apa yang mereka katakan.

c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Keterangan:

Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.

Pengurangan elaun mesyuarat ( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecah sehingga RM 7 juta setahun)

(Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini

Nota: Sebab tidak ada elaun la kot, maka hampir semua GLC tak bergerak sepatutnya. 

d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Keterangan:

Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007.

Nota: Lebih banyak balak ditebang. Projek KUIN pun bukan main hebat pertelingkahannya.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

piiiiii rahh.pantadbiran PAS sejahtera apa.Cuba hangpa mai tengok kawasan KUlim,Padsang Serai.Sampah berlunggok dah tiga hari tak angkut.Punyalah bau busuk.YDP MPKK dok buat apa.Ronda lah tengok kawasan Kulim/Padang Serai.Depa cari tak pa tak dudok di Kulim.Kita yg terima busuk dari tong sampah.

Sejahtera Tahi Minyak.

anti busuk berkata...

Kulim sejahtera tahi minyak betul.Kulim dan Padang Serai jadi pekan dan taman busuk.Berlunggok sampah sana sini.PEGAWAI TIDOK DAN LENA DALAM OFIS SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam semua

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf seandainya yangb terkasar dan tersalah daripada saya yang hina yang benar itu adalah daripada Allah.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan dirahmati oleh Allah SWT. Alangkah bertuahnya apabila PRU12 Kedah Di Terajui oleh Parti yang melaungkan sebanar2 islam dalam dunia ini dan MBnya pun bergelar ustaz dan para ulamak dan Tok maha Guru yang teralim.

Hakikatnya kami penduduk Taman Suria Mentaloon, Alor Setar menderita bukan saja bebanan cukai pintu yang tinggi malah setiap kali hujan turun lebih kurang 10-15 minit maka halaman rumah dan jalan seperti aliran anak sungai dan sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung aliran air.

Malangnya perumahan kian ditambah dengan rakus tetapi tahap sistem tiada dinaikkan taraf. Bukan sahaja halaman dan jalan seperti sungai bahkan jika ada kereta yang melaluinya menyebabkan air berombak dan mulai masuk kedalam rumah. Amat malang terdapat kakitang Bandaraya berjawatan tinggi tetapi mereka bernasib rumah mereka berada ditahap tinggi dan kami penghuni lama menerima nasib yang teramat malang.

Persoalannya apakah Benar2 Slogan Ulamak iaitu KEDAH SEJAHTERA.

Jawapan kami MB,EXCO,YB dan konco2nya terlalu sejahtera dan selesa sedangkan kami sengsara dan bahkan cukai terlalu tinggi tiada perhatian diberi.

Doa kami moga ALLah masukkah hidayah pada MB, YB2nya dan konconya2 unuk membuka hijat mata hati dan sekiranya masih berhati batu maka dipanjatkan pada Yang Esa diberikan balasan setimpal atas pembohongan yang terang lagi nyata.Amin Ya Robba Alamin..Semoga Allah selamat Malaysia daripada pengkianat seperti ini .

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates