Rabu, 3 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - Hal Ehwal Islam

Beginilah kupasan oleh ADUN Jeneri tentang hal ehwal Islam. Sudah terang lagi nyata yang PAS gagal menguatkuasa enakmen hiburan 1997 yang telah dilulus oleh DUN.  

Hal penyelesaian masalah kekeluargaan sentiasa diperbaiki, PAS hanya datang dan teruskn saja. Tapi masalah exco mereka yang memecahbelahkan rumahtangga orang mereka tidak peduli. Bagaimana nak uruskan masalah rakyat.

Kebanyakan hal ehwal Islam telah dijaga dan dilaksana dengan baik oleh kerajaan BN, PAS hanya melabel dengan nama baru sahaja.

Lagi satu elaun atau saguhati tu PAS bagi kat tukang kempen yang menyamar jadi pengajar agama walhal kerja mereka berkempen politik saja. hehe

2.HAL EHWAL ISLAM

a)Mempercepat proses penyelesaian masalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah

Keterangan:

Bilangan hakim syariah telah dipertingkatkan dan menubuhkan Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam di Kedah.

Kompleks Mahkamah Syariah yang baru telah siap dibina dan beroperasi di Alor Setar.


b)Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid yang terlatih.

Keterangan:

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah dilantik sebagai pelaksana menggantikan Institusi Imam untuk melatih dan memberi kursus kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Kedah. Pada awal 2011, kumpulan pertama seramai 40 orang pegawai masjid telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut secara berperingkat.

Pemilihan imam telah dilaksanakan melalui temuduga di peringkat masjid. Kaedah ini didapati lebih adil dan telus dalam memilih imam di qaryah masing-masing.

Tiada campur tangan politik daam pemilihan imam di setiap qaryah. 


c)Elaun imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qaryah

Keterangan:

Elaun yang diberi kepada imam oleh JAKIM melalui kerajaan negeri adalah setimpal dengan keadaan semasa dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan.


d)Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian

Keterangan:

Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadhan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.


2 comments:

Lebai pondok berkata...

Nak buat negara kebajikan Karpal sink DAP kata ok.Kalau PAS nak buat negara Islam karpal sink DAP kata ko.Maka puak jantan PAS kecut telok sambil ampu telok depa.Maka puak muslimat PAS pula pakat pegang apom masing-masing.Punya takut dengan puak DAP.Maka ditukarkanlah drp negara Islam kepada negara kebajikan selaras dengan kehendak DAP itu.Di kampung-kampung depa kekena tok lebai pula ........

paktam@ berkata...

>nak habaq/kata ...depa jaga lebih la.. islam kat kedah ...
>hak yg dulu xdapat...bila depa perintah dapat...depa bg!!
>pirahhhhhhh......hampa ni puak khawarij!!!!
>aku ingat nak laksanakan syiar islam supaya lebih rancak lagi jika dibandingkan zaman kegelapan umno/bn perintah....aleh2 lebih kurang jer
>apa yg aku nampak.....puak/pemimpin hampa dah kalih dari negara islam ke negara kebajikan!!!
>zaman sahabat nabi dulu..org kapiaq rasa begerun bila dengaq nama sydina abu bakaq,umaq etc
>zaman hampa perintah... org kapiaq(dibaca:dap/mca/mic) xrasa gerun pun bila dengaq nama azizan,hadi,aziz,mat sabu...)

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates