Khamis, 4 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

Ini berkaitan dengan bukan Melayu (Cina dan India). Bab jamin peruntukan kebebasan beragama tu macam selama ini tiada kebebasan langsung dinikmati oleh bukan Islam. PAS hanya meneruskan apa yang dilakukan BN.


ADUN ini cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan tiada peruntukan kepada bukan Islam dalam ehwal ke agamaan mereka. Sebenarnya Exco lantikan dari MCA dan MIC ada peruntukan khas untuk agama mereka. Tapi PAS hanya mengubah bentuk pemberian sahaja.


Tapi yang peliknya kenapa mereka yang melaungkan Islam cuba menonjolkan kehendak bukan Islam berbanding dengan hal-hal Islam.


Yang lain-lain tu adalah aktiviti lama yang diteruskan saja.


3.HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM
a)Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing

Keterangan:

kerajaan terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan disamping memberi perlindungan dan sokongan kepada program-program keagamaan dan kebudayaan di Kedah tanpa sebarang gangguan.
b)Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam dan bahasa semua kaum

Keterangan:

Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti/program pelbagai kaum di Kedah. (Peruntukan seperti ini tidak pernah wujud sebelum ini).

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Contohnya:

a) Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.

b) Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

c) Pemberian kewangan sebanyak RM 50,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

d) Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak

c)Melantik EXCO daripada wakil rakyat bukan Islam

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan iaitu dengan melantik YB Manikumar, YB Lim Soo Nee dan YB Tan Chow Kang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates