Jumaat, 9 September 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - Sukan dan rekreasi

Ini menarik. Selepas saja 3 pemain import tidak lagi bersama Kedah, prestasi pasukan Kedah terumbang-ambing. Dah berapa kali tukar jurulatih dan terkini Wan Jamak tapi masih belum boleh dikatakan cemerlang pasukan Kedah ni. Jadi tak kisahlah kalau ada bas baru ka atau sebagainya, padahal prestasi pasukan ciput.
sukan yang digemari exco Kedah

Lagi satu senarai sukan ekstrem dan motor dah lama wujud di Kedah. Tak payah nak claim dok buat.

Tapi yang syoknya, yang asyik Kerajaan PAS tonjolkan ialah hutan kerajaan sebelumnya. Itulah, bila ambilalih sesuatu organisasi sudah tentu ada bil-bil yang belum sempat dijelaskan, maka pihak yang ambilalih lah yang perlu lunaskan. Kan begitu?

Pusat rekreasi keluarga tu sampai hari ini tak nampak diwujudkan. Yang lama dulu tuuu ada la


14.SUKAN DAN REKREASI
a)Menjadikan Kedah terkenal dalam beberapa jenis sukan terpilih seperti bola sepak, takraw dan silat olahraga melalui bantuan dan insentif kepada badan sukan.

Keterangan:

Kerajaan telah melunaskan hutang peninggalan kerajaan sebelum ini sebanyak RM 5 juta.

Julung kalinya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah memiliki bas sendiri dimana penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 2010.

Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan kepada badan sukan di Kedah melalui peruntukan EXCO Belia dan Sukan bagi meyemarakkan semangat kesukanan disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan.

Kerajaan juga telah memberi insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Kedah dipersada kebangsaan dan antarabangsa seperti wang tunai dan lot tanah seperti pemain bola sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini.


b)Mempopularkan sukan permotoran dan sukan ekstrem dengan menyediakan prasarana berkaitan dan akademi latihan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan permotoran dan sukan lasak sebagai sukan popular di Kedah. Antaranya ialah:-

a)Junggle Trekking Gunung Jerai

b)Belon Panas di Taman Jubli Emas, Alor Setar

c)Sukan Motorcross di Bukit Jambul

d)Perlumbaan ‘Sprint Test’ di Taman Jubli Emas, Alor Setar

e)Sukan ekstrem seperti basikal dan papan luncur di Taman Jubli Emas, Alor Setar

f)Aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Payar

g)Acara sukan arus deras ‘White Water Rafting’ di Sungai Sedim, Kulim

h)Perlumbaan ‘Cub Prix’ di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar



c)Menyediakan pusat aktiviti rekreasi keluarga di setiap daerah.

Keterangan:

Pusat aktiviti rekreasi yang sedia ada di setiap daerah telah mencukupi untuk masyarakat beriadah dan berehat. Penambahan pusat aktiviti rekreasi akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan masyarakat setempat.

Pemaju perumahan telah ditetapkan syarat untuk menyediakan pusat rekreasi keluarga di setiap taman perumahan yang dibangunkan khususnya dengan menyediakan kawasan lapang untuk bersukan dan riadah serta taman permainan kanak-kanak.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuesday, September 6, 2011
Risalah PAS Tolak Komunis Pada Tahun 1985

Risalah ini dikeluarkan oleh PAS Pendang pada 25 Januari 1985. "PAS mengajak masyarakat kepada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka kita tolak segala ajaran lain seperti kebangsaan, sekular, komunis, kapitalis ...." tulis dalam risalah untuk kempen calon PAS bernama Haji Halim Arshat.

Dulu zaman arwah Fadzil Noor, cara kempen PAS sebegitu. Dapat kat Mohd Sabu baru dua tiga hari sudah sanjung komunis sebagai hero. Dari kepimpinan bersama ulama, PAS bertukar kepada negara kebajikan dan bila dapat kat Mat Sabu jadi "kepimpinan bersama komunis". PAS sudah diresapi ideologi komunis. Mat Sabu khianati perjuangan arwah Fadzil Noor.

Persolannya Apakah Parti PAS kini - Pertubuhan Anutan Sosialis (KOMUNIS)

PemikirpolitikJerantut berkata...

Mohon Link Tuan,
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates