Rabu, 17 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - PEMBANGUNAN INSAN

Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Cuba perhatikan perangai anak-anak penyokong PAS di kampung-kampung. Mereka merempit dan dengan sombong bermaharajalela dikampung kononnya KEdah diperintah oleh kerajaan Islam walhal perangai mereka senantiasa menyakitkan hati orang lain. Inilah didikan PAS.

Kem bina sahsiah dan sebagainya adalah program yang sudah lama dilaksanakan. Cuma PAS cuba nak bagi nama baru.

Yang menariknya PAS menjadi pengecut dalam ha pengawalan aktiviti-aktiviti kepada kemaksiatan. Lihat kes enakmen Hiburan 1997 yang apabila ditegur DAp, terus mereka senyap. Sebaliknya menuding jari kepada UMNO. Dan tidak lupa pusat-pusat karaoke keluarga dan urut yang bercambah bagai cendawan di Alor Setar, SG Petani, Kulim dan Pendang pun ada. Apakah ini kejayaan PAS?

Tak lupa kes 12 orang yang menghadiri program gerja di Shah Alam tu, 3 daripadanya orang Alor Setar. Apa dah jadi YB?

8.PEMBANGUNAN INSAN
a)Mewujudkan sebuah badan/agensi khusus bagi menggalakkan pembangunan keluarga bahagia serta menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebahagiaan keluarga.

Keterangan:

Telah diwujudkan Sekretariat Kem Bina Shakhsiah di bawah EXCO Pembangunan Insan yang telah menganjurkan beberapa siri Kem Bina Shakhsiah, Kem Anak Soleh & Kem Bina Insan yang merupakan sebahagian usaha kea rah pembangunan insane serta kebahagiaan keluarga.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 3.5 juta untuk penubuhan Institut Latihan Belia Sejahtera di Sg. Petani sebagai institusi pembentukkan shakhsiah dan pembangunan insane para remaja.

b)Mengawal semua punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan seawal pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui unit khas iaitu Unit Mencegah Gejala Sosial (UMGAS). Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti Latihan Lapangan Anti Gejala Sosial (LANDAS) khususnya di beberapa kawasan sasaran gejala tersebut.

c)Menganjurkan program-program yang menyuburkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan.

Keterangan:

Kerajaan telah menganjurkan beberapa program melalui Urusetia Belia dan Pembangunan Insan kepada para remaja dan belia seperti kem motivasi, kepimpinan dan keusahawanan mengikut modul-modul yang telah disediakan.

Sebagai galakkan keusahawanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tahun 2010 untuk membantu memajukan usahawan Insustri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera melalui pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

they are talking rubbish,...macam sampah yg makin menimbun diAlor Setar!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates