Khamis, 18 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Yang ini Kedah Times tak mau komen banyak sangat. Kalau dulu sampah lewat sikit dipungut, maka Mahfuz terus kutip tapi diletaknya didepan pejabat PBT.

Yang peliknya masalah sampah pun kerajaan negeri tak boleh selesaikan sehingga kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terpaksa masuk campur.

Pasai lantikan tu memang la macam tu, bila hangpa perintah sudah semestinya hangpa lantik orang-orang hangpa. Ingat kami tatau ka betapa berebutnya hangpa nak jawatan-jawatan ahli majlis!

Longkang depan rumah sayapun terpaksa urus sendiri dah. Bila mai hujan, air naik mcm kilat. Ini ka yang dinamakan efisien? Yang Kedah Times nampak tiap hari kerja bandaraya sapu sampah dan potong rumput dan pokok bunga.

Cukai yang setahun sekali tu hangpa hebohkan bila diturunkan, tapi kes meter parking yang bertukar ganti kenapa senyap sunyi?

Dari dulu lagi kedah times nampak tiada perubahan dalam situasi perniagaan. Peniaga bumiputera berniaga seperti biasa ditepi jalan dan sebagainya. Kerajaan PAS ada ka bina tempat yang lebih selesa. Jangan kata Medan Usahawan tu PAS buat juga.




9.PIHAK BERKUASA TEMPATAN

a)Menjadikan PBT prihatin, peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak penduduk dalam sempadan PBT masing-masing yang merupakan kumpulan pembayar cukai.

Keterangan:

Pembentukkan Ahli Majlis lantikan politik yang baru setelah mentadbir kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa isu kehendak dan keperluan penduduk.

Perkara ini telah direalisasikan dengan urus tadbir yang lebih telus tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.

b)Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang.

Keterangan:

Kedah mendahului negeri-negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak dengan menandatangani MoU dengan kontraktor dilantik bagi pengurusan sisa pepejal.

Dengan pengambilalihan operasi secara interim berkuatkuasa 1 November 2009, aspirasi kerajaan dan PBT untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih berkesan dan berkesan kini terlaksana.

Perundingan sedang berjalan dengan pihak-pihak terbabit untuk merealisasikan perkara ini.

Pihak PBT dan MKK juga telah menghidupkan dan melaksanakan konsep gotong-royong yang disarankan oleh pihak kerajaan. Dengan membudayakan gotong-royong, dapat mengurangkan kos serta menyemai sikap sayang dan tanggungjawab terhadap harta ataupun kemudahan awam.

c)Mewujudkan golongan Bumiputera berniaga di pusat bandar bagi mencerminkan komposisi kaum.

Keterangan:

Arahan kepada PBT telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan proses permohonan lesen dan telah dilaksanakn oleh PBT masing-masing.

Kewujudan up-town di bandar, ekspo-ekspo niaga dan Karnival Kedah Sejahtera telah membuktikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan. Dengan kewujudan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk memperluaskan pernigaan masing-masing.

Selain itu, lesen sementara juga telah dikeluarkan kepada peniaga bumiputera untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah di tetapkan oleh PBT.

d)Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat

Keterangan:

Pihak kerajaan telah mengkaji kadar cukai pintu sedia ada selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah. Kadar sedia ada yang telah dikenakan didapati munasabah serta tidak membebankan rakyat.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates