Sabtu, 20 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - HAL EHWAL WANITA

Satu yang menarik ialah tajuk YB letak TELAH DILAKSANAKAN, tapi bila bab keterangan, "PERKARA INI AKAN' dilaksanakan. Ini yang dinamakan caap berbelit-belit. Sehingga ini kes janji cuti 3 bulan ni masih tidak dapat dirasai oleh wanita bersalin. Janji air liur ...

Seperti biasa organisasi wanita tu adalah organisasi propaganda politik PAS. jangan ingat orang lain tak tahu. Tujuan organisasi tu bukan na menaikkan taraf wanita dan sebagainya tetapi hanya untuk promosi PAS pada wanita sahaja.


11.HAL EHWAL WANITA
a)Memberi cuti bersalin selama 3 bulan: 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa menghadkan bilangan anak.

Keterangan:

Kerajaan negeri akan melaksanakan cuti ini selaras penguatkuasaannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pemberian cuti ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2011 yang telah dibentang dalam Belanjawan 2011 selaras dengan cadangan dan keputusan kerajaan negeri sebelum ini.

b)Mewujudkan organisasi wanita di setiap daerah bagi melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Keterangan:

Sehingga kini sebanyak 14 buah pertubuhan wanita ditubuhkan, manakala 1 lagi dalam proses penubuhan dan menunggu kelulusan. Kewujudan pertubuhan/persatuan wanita ini adalah untuk melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah senarai NGO wanita yang telah ditubuhkan:

a)Pertubuhan Wanita Sepakat Langkawi

b)Pertubuhan Wanita Ihsan Parlimen Jerlun (ALWANI)

c)Pertubuhan Wanita Sejahtera Kubang Pasu

d)Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar

e)Pertubuhan Amal Wanita Pokok Sena (PAWANA)

f)Pertubuhan Wanita Daerah Padang Terap (PEJIWA)

g)Pertubuhan Wanita Pengasih Parlimen Kuala Kedah (SUMBANGSIH)

h)Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang (PEWANGI)

i)Persatuan Wanita Muhibbah Yan

j)Pertubuhan Wanita Parlimen Sg. Petani (SAHARA)

k)Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik

l)Pertubuhan Wanita Prihatin Baling

m)Persatuan Amal Wanita Daerah Kulim (PERMATA)

n)Persatuan Kebajikan Wibawa Bandar Baharu

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates