Isnin, 8 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)

Tak tahulah kalau waktu BN dulu, tanah dirampas sewenang-wenangnya. Yang Kedah Times tahu ramai orang Melayu kaya-raya dengan rumah besar hasil pengambilan tanah secara berhemah dan diberi pampasan sebaiknya. Cuba tengok sepanjang jalan Gurun ke Sik. Dan yang ramai ahli PAS yang menjadi kaya raya kerana pengambilan tanah.

Setahu Kedah Times, Kerajaan sekarang kerana terlalu berhemah tidak berani membuat pengambilan tanah. Sebaliknya meneroka tanah rizab dengan sewenang-wenangnya.

Penurunan cukai tanah dialu-alukan tetapi ianya hanya setahun sekali dibayar. Bagi cukai pendidikan, cukai tanah UUM sehingga kini masih belum diberi apa-apa rebat.

Kalau dulu balak hanya diberi ditempat-tempat terpilih supaya hutan tidak tercemar dan sebagainya, kini kita lihat dimana-mana saja balak ditebang. Memang pendapatan meningkat kerana keluasan penebangan bertambah, bukannya ketelusan bertambah. 

Menjadi sejarah apabila lori-lori balak berselisih membawa balak di sekita jalan Jeneri ke Pendang.

6.TANAH DAN HASIL NEGERI

a) Memastikan setiap pengambilan tanah yang dibuat hanya untuk kepentingan awam dengan bayaran yang setimpal dan munasabah.

Keterangan:
Perkara ini telah dilaksanakan sepanjang masa setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, tiada pertikaian berkenaan pampasan yang telah diberikan. Ini membuktikan pembayaran yang diberi adalah setimpal dan munasabah.

b)Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.

Keterangan:
Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta.
Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan.

c)Menguruskan hasil hutan secara telus dimana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka yang memberikan peluang maksimum.

Keterangan:
Proses tender balak telah dilakukan secara tender terbuka. Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205% berbanding tahun 2007.
Fakta: Kutipan hasil balak*

Purata 2004-2007 RM 9.5 juta

2008 RM 35 juta
2009 RM 38 juta
2010 RM 53 juta

*(Hasil yang diperoleh adalah dari keluasan tanah dan kuota tebangan yang sama)

d)Memberi potongan (rebat ) antara 25-75 peratus dari perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.

Keterangan:
Walaupun terpaksa kehilangan kutipan hasil sekitar RM 50 juta, kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan dalam manifesto dengan memberi potongan cukai antara 25-75% dari perbezaan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006.

Potongan yang diberikan adalah berbentuk rebat.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

suara PAS samalah dengan suara DAP.
cakap PAS adalah cakap DAP.
dasar PAS samalah dengan dasar DAP
matlamat PAS samalah dengan matlamat DAP
pemimpin PAS samalah dengan pemimpin DAP


PAS takut DAP kerana takut hilang undi Cina DAP
biar gadai perjunagan demi DAP

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates