Khamis, 18 Ogos 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS

Sejak Pokok Sena dicadangkan menjadi sebuah daerah di Kedah, kerajaan dahulu dah rancang pembangunan dikawasan tersebut dengan STDC Dev sebagai peneraju utama pembangunan disana. Ini buka cerita 2-3 tahun lepas. Ianya telah dirancang dahulu lagi. CUma PAS ambil nama sahaja. Lagipun rumah mampu ini hanya untuk penduduk sekitar pokok Sena sahaja, bukannya seluruh Kedah.


Mengenai SADA, sudah banyak dituliskan disini. Ada yang mengatakan ianya Syarikat Air Datuk Azizan, ada yang kata Subscribe Air Dapat Angin. Masih banyak rungutan tidak mendapat air dan kualiti air yang disuarakan oleh rakyat.


YB Jeneri hanya ulang siaran radio yang sama saja untuk Pelancongan...




10.PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS
a)Memperbanyakkan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.

Keterangan:

Sebanyak 1,181 unit rumah mampu milik sedang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 40 hektar di Pokok Sena yang dikenali sebagai Bandar Sejahtera.

Bina Darul Aman Berhad (BDB) juga sedang menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di Kubang Pasu dan Baling, masing-masing sebanyak 420 unit dan 440 unit.

Pembinaan rumah mampu milik ini diyakini mampu mengatasi keperluan 23,000 pemohon rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus dapat membasmi setinggan bandar .

b)Menilai dan menyusun semula Jabatan Bekalan Air Kedah dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.

Keterangan:

Sejak 1 Januari 2010, pengurusan Jabatan Bekalan Air telah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Pihak SADA juga telah menjalankan kerja-kerja penukaran paip yang lama kepada paip yang baru bagi menjamin kualiti dan kebersihan air untuk kegunaan harian.

Bagi mengatasi tuntutan keperluan air semasa dan masa depan, pihak SADA juga sedang membina tiga buah loji rawatan air di Padang Sanai, Lubuk Buntar dan Jeniang.

c)Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.

Keterangan:

Pembinaan Taman Jubli Emas di Suka Menanti, Alor Setar merupakan salah satu kawasan rekreasi yang dibangunkan sesuai dengan gaya hidup moden. Turut disediakan pelbagai prasarana lengkap khususnya untuk aktiviti sukan lasak.

Kerajaan Negeri telah menggalakkan pihak pemaju menyediakan kawasan lapang untuk beriadah dan bersukan serta taman permainan kanak-kanak di taman-taman perumahan yang dibangunkan.

Perancangan penambahbaikan turut diambil perhatian oleh EXCO Perlancongan dalam bidang tumpuan utama, iaitu:

a)Penubuhan Unit Pelancongan Negeri

b)Memajukan Pelancongan Kesihatan di Langkawi

c)Memajukan Produk Pelancongan Langkawi Antarabangsa

d)Memajukan Produk Warisan di Alor Setar dan Lembah Bujang

e)Menaiktaraf Produk Suka Lasak di Sungai Sedim dan Sungai Kedah

* (Sumber: Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015, UPEN)

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates