Isnin, 1 Ogos 2011

MCA dan Lakonannya

1. Apabila Perdana Menteri turun kemana-mana kawasan, sambutan paling meriah, penuh dengan bendera dan tarian singa adalah dari MCA. 

2. Di Pendang semalam, walaupun telah diminta untuk tidak menjulang bendera parti dan tiada parti lain memegang bendera menyambut PM, MCA mengarahkan orang-orangnya memegang dan menegakkan bendera menyambut PM. MCA cuba mengambarkan kepada PM bahawa kaum Cina di Kedah menyokong BN, walhal MIC pun menyampah melihat gelagat MCA yang berlebih-lebih.

3. Telah menjadi rahsia yang diketahui umum bahawa kaum Cina tidak memberi undi kepada BN yang diterajui Umno, dan kaum Cina akan mengundi PAS di Kedah kerana dengan cara inilah mereka dapat memerintah walaupun hanya diwakili 1 kerusi DAP.

4. Pesan kami kepada MCA dan kaum Cina, sekarang ni PM Dato' Seri Najib lah, bukan Pak Lah. Jawatan dalam kerajaan bergantung kepada jumlah Undi yang hangpa beri kepada BN. Jika hangpa tidak mengundi untuk manghantar wakil kedalam kerajaan, janganlah komplen bahawa suara hangpa tidak didengar.

5. Kami akan pastikan meritokrasi dalam kuasa politik dilaksanakan, setiap undi kaum cina dikira untuk sebarang jawatan dalam kerajaan. Tiada Undi, Tiada Jawatan. Ini bukan bukan ugutan, tetapi merealisasi kehendak hangpa yang tidak mahu wakil dalam kerajaan.

6. Jangan anggap toleransi Umno tiada hadnya, percayalah, kaum Cina di Kedah akan terkejut dengan hasil Undi mereka sendiri.

2 comments:

MR Paya Besar berkata...

MCA Padang Serai pun kalut juga UMNO Padang Serai.UMNO Padang Serai gantung.MCA Padang Serai jadi tong......elek...

paktam@ berkata...

>sokong 200%!!
>umno mesti buat sistem meritokasi juga dlm politik/agihan kerusi.....jgn dlm bidang akademik/nak masuk universiti sahaja depa mau pakai merit
>melayu/umno perlu bersiap sedia dgn sepak terajang politik org cina!!!!
>hidup islam hidup melayu

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates