Selasa, 9 Ogos 2011

Najib Selepas Khairy Kot...

HARAKAH melaporkan bahawa 100 PEMUDA UMNO sedang merancang untuk menjatuhkan Dato' Najib. Satu laporan yang dirasakan bukan hanya 'spinning' tetapi kemungkinan betul walaupun nisbahnya 1%.

Tetapi sepatutnya sebelum nak jatuhkan Dato' Najib, jatuhkan dulu Khairy Jamaluddin. Bekas penguasa atau bos besar Tingkat 4. Sedangkan Dato Mukhriz pernah membuat kenyataan sekiranya beliau menang Ketua Pemuda, beliau akan menolak sebarang jawatan Menteri demi menguatkan barisan PEMUDA tetapi Khairy kena bagi jawatan dulu baru nak buat kerja.

Tak besar lagikah jawatan Ketua PEMUDA Malaysia. Dalam jutaan Pemuda Melayu, tempat itu diisi oleh Khairy. Itu pun tak bersyukur kah? Nak kerusi apa lagi?

Apapun Khairy bolehlah berasa dirinya kembali popular dengan keluarnya berita ini. Kalau tak ada isu-isu seperti ini, maka tak berpeluanglah Khairy buat kenyataan dalam suratkhabar.

Cubaan menjatuhkan Dato Najib ibarat cubaan budak-budak tadika untuk tarik kerusi guru mereka kala guru sedang nak duduk.

Kasi rotan tangan saja.. Itu pun sudah cukup buat mereka.

1 comments:

Kamal Sanusi berkata...

Lagu mana nak kembali menawan Kedah kalau di dalam Umno itu sendiri diberitakan terdapat perpecahan dan berpuak-puak yg pastinya budaya cantaih mencantaih sangat harum subur mewangi. "Mana ada, kami bersatu padu dan utuh di bawah Tok Bashah"

Lagu mana nak kembali menawan Penang kalau semalam MP Bebas pro-BN di Penang dlm TV3 mengatakan BN buleh menang kalau Ko Sukun tak jadi Presiden Gerakan. "Mana ada, parti komponen BN bersatu padu dan utuh di bawah Umno"

Meh kita belajar pentakulan (reasoning)
1. Sindrom penafian = dengan syok sendiri.
2. Org syiok sendiri selalunya senyum sorang2.
3. Org senyum sorg2 dikatakan org gila.

Kesimpulan
Org yg ada sindrom penafian adalah org gila.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates