Isnin, 8 Ogos 2011

PAS pembunuh pejuang Islam Sebenarnya

Kes berbuka puasa anjuran sebuah gereja di Damansara membuka belang PAS sebenarnya. 

Harun Din yang berpegang kepada kebenaran sedang diketepikan begitu saja. Nasarudin hilang jawatan Timbalan Presiden kerana pegangan beliau terhadap perpaduan. Beliau dikalahkan oleh seorang yang SPM nya pun gagal.


Kini Datuk Dr Hassan Ali bakal menjadi mangsa seterusnya kerana pegangannya kepada prinsip perjuangan Islam. Kes kedua selepas rampasan arak, iaitu siasatan ke atas program berbuka puasa yang dianjurkan oleh gereja dengan menjemput beberapa muslim hadir kini sedang dijadikan isu hangat oleh bukan saja dikalangan sekutu PAS dalam PR tetapi dalam PAS sendiri.

Kita semua tahu DAP dan PKR memang sentiasa pertahankan apa saja yang boleh menjatuhkan Islam, tetapi sekarang PAS yang dahulunya begitu keras jika menyentuh isu Islam, telah bertukar rentak. 
Menyedihkan apabila tiada siapa dibenarkan bercakap soal ini padahal mereka begitu kuat melaungkan isu kebebasan bersuara. Dan Hassan Ali tidak diberi peluang untuk menerangkan perkara sebenarnya.

Dan seorang lagi pejuang Islam bakal dikuburkan oleh PAS!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates