Jumaat, 26 Ogos 2011

RAYA cara BARU dibawah pemerintahan PR

1. Pembukaan pusat-pusat hiburan adalah mengikut keperluan. Maka kerana keperluan yang mendadak, pusat-pusat karaoke keluarga atau hiburan keluarga tumbuh bagai cendawan di sekitar Alor Setar, Sg Petani, Kulim, Jitra hatta di Tanah Merah Pendang pun wujud pusat hiburan keluarga. Ini adalah kerana keperluan kata exco yang berkaitan, YB Ir Pahrolrazi.

2. Kemudian heboh untuk menguatkuasakan enakmen Hiburan 1997 Kedah di bulan Puasa, tetapi disanggah keras oleh DAP sekutu PAS dalam PR. Maka terserut teloq PAS dan senyap sunyi tentang perlaksanaan enakmen tersebut. Dan kini ramadhan dah hampir melabuhkan tirainya, tiada ada kedengaran suara-suara mereka untuk melaksanakan apa-apa saja yang telah diluluskan demi menjaga kesucian Islam dan Ramadan.

3. Dihampir menyambut hariraya Aidil Fitri, rupa-rupanya Kerajaan Negeri membenarkan apa saja promosi hariraya diadakan. Kedah Times ingatkan kita ada promosi berbuka, promosi pakaian murah atau apa saja keperluan raya dibenarkan, TETAPI kini promosi minuman haram beserta hiburan percuma juga dibenarkan. Apa sudah jadi dengan Kedah? Kerana moto Kedah Sejahtera dan Negeri Berkebajikan kah yang membolehkan semua ini dilakukan?


4. Promosi MERDEKA RAYA dengan 3 jug minuman beralkohol serta PERCUMA Bilik KTV dibenarkan sewenang-wenangnya di Kedah. Kita tidak nampak unit Amal PAS menyerbu premis ini. Kita tidak nampak exco agama PAS menyelongkar pusat hiburan ini? Malah pihak majlis Tempatan hanya mendiam diri.


5. Apa sudah jadi Kedah Sejahtera? Kedah Times tertunggu-tunggu apa pulak PAS akan katakan atas pentas-pentas ceramah mereka kelak. Apakah mereka akan bercakap tentang hukum Hudud, negara Islam atau jihad? Atau mereka bakal bercakap macam DAP!

4 comments:

Neutral girl berkata...

rakyat malaysia dididik untuk menyambut pelbagai jenis perayaan di malaysia, saya x nampak dimana salahnya sebuah kedai membuat promosi merdeka raya dengan menghidangkan arak. yang salahnya ialah bila terdapat orang Islam yang meminum arak tersebut, jadi pada masa itulah yang paling sesuai untuk diambil tindakan. setakat banner begini, rasanya sesiapa pun masih belum mempunyai hak sepenuhnya untuk mendakwa pemilik premis. mungkin ini hanya melibatkan warga2 bukan Islam yang berpromosi untuk menyambut hari kemerdekaan dan juga hari raya..perkara biasa la kan? sebab semua rakyat malaysia menyambut semua perayaan.. lainla kalau benner tu tullis "promosi untuk muslim sahaja" haa, yang tu wajib kita SERBU.. peace,assalamualaikum :)

Tanpa Nama berkata...

ORANG MELAYU PULAU PINANG,

bersedia lah utk takbir RAYA menggunakan SMS dihari mulia nanti

..ha ..ha .. ha

nasib kau lah labu

Admin berkata...

Post anda dipaparkan di Page FB berikut:-

http://www.facebook.com/pages/Malaysia-Politics-Blogger-Page-ProOpposition/211246465595305?sk=wall

Jika anda setuju, sila semak dan Like page tersebut, sebaliknya sila email kepada Admin untuk remove feed blog anda daripada Page tersebut.

Terima kasih.

Obat luka ginjal berkata...

Terimakasih banyak atas informasi yang telah disampaikannya

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates