Rabu, 14 September 2011

2 kerusi parlimen dan 6 kerusi negeri !

Biar betul! 

Tapi inilah realiti permintaan DAP Negeri Kedah kepada sahabat sebantal Pakatan Rakyat mereka iaitu PAS dan PKR.

Whay say u? PAS dan PKR.

Agak-agak kerusi manakah yang diminta DAP? Parlimen Kulim Bandar Bharu dan Sg Petani mungkin menjadi impian DAP kerana banyak pengundi Cina dan India disana. 

Bagi DUN pula Kota Darualaman, Bukit Selambau, Derga, Bakar Arang, Sidam, Kulim atau Gurun menjadi idaman DAP.

Soalan kita boleh kat PAS dan PKR terima permintaan DAP ini? Jika mengikut rentetan peristiwa berkaitan dengan DAP, semuanya berakhir dengan senyuman dimuka puak-puak DAP.

Apakah permintaan mereka bakal menjadi kenyataan? Kedah Times alu-alukan jika jadi kenyataan kerana selama inipun PKR dan PAS memang tunduk kepada DAP. Apa salahnya PKR dan PAS serahkan 6 kerusi DUN pada DAP. Ada chance depa menang besar sebab orang PAS dan PKR sudah tak kisah dengan komunis ni. Maklumlah Timbalan Presiden PAS pun dah iktiraf kounis sebagai hero. Apa salahnya iktiraf DAP sebagai bakal HERO hangpa!

Maka Kedah Times nak ingatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka perlu bekerja keras dari sekarang sebab jika mereka tidak boleh ambil balik Kedah nanti, DAP akan memerintah Kedah secara proksi. Tak boleh nak bayang bagaimana negeri Melayu diperintah oleh proksi DAP. Macam The United State of America... mereka diperintah oleh Yahudi melalui proksi.

Segala-galanya boleh berlaku dalam politik ...  

3 comments:

kluangman berkata...

Biarlah PAS perintah Kedah sepenggal lagi dan sebagai tukarganti, Kelantan kembali kepada UMNO...

Terengganu pinjamkan semula kepada PAS dan UMNO ambil balik Selangor.

PP kekal pada DAP dan sebagai hadiah karpal iring anwar ke sungai Buluh.

Inai Merah berkata...

Boleh ambil balik Kedah dari pembangkang.

Dengan syarat yang dah lama dok wakili rakyat dan yang dah lama dok jadi ketua bahagian sila bagi laluan kepada yang lebih berwibawa.

Juak-juak yang kaki ampu bos sudah-sudahlah orang lagi meluat dekat hampa.

Banyak lagi rakyat Kedah yang layak untuk mentadbir.

Harapkan PAS, PAS yang makan padi.
Harapkan UMNO, UMNO tak gosok gigi.

ulaqAyaq berkata...

Alhamdulillah....kalaulah benar dan menjadi kenyataan permintaan DAP ini....inilah sistem politik Islam amalan PAS, sama rata...sama rasa, bertolaransi dan berkebajikan....tambah lagi satu, P17 Parlimen Pdg Serai DAP boleh menang dengan bantuan dan sokongan pengundi Melayu PAS/PKR serta segelintir pengundi Melayu UMNO yang kaki sabotaj....semoga DAP boleh menang dalam Parlimen yang dia bertanding......baru ada perubahan, baru ada kemajuan bak kata Ketua UMNO Cawangan Naga Lilit...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates