Jumaat, 9 September 2011

6% Caj Kad Prabayar..Adakah Ianya Sabotaj?

Dalam bersembahyang cukup susah nak khusyuk. Sedang nak khusyuk, televisyen dibuka oleh anak. Nasib baik sudah duduk di tahayat akhir. Selesai bagi salam, terus telinga  menangkap suara Najib yang menegaskan Kerajaan tidak meluluskan apa-apa caj berkenaan cukai 6% untuk kad prabayar. 

Alhamdulillah. Sejak kelmarin lagi terdengar di mana-mana keluh kesah sebahagian besar pengguna telefon kad prabayar di mana pada 15 September ini mereka perlu bayar RM10.60 untuk RM10. 

Inilah yang dinamakan urusniaga. 'Bisnes'. Untung itu yang utama. Bila kenakan 6%, syarikat-syarikat telekemonukasi boleh pula memberi 'diskaun' sehingga kita mampu lihat iklan-iklan mereka berterbangan duit-duit untung pulang kepada pengguna.

Jika kenyataan Najib ini dipandang serius dan diambil maklum oleh rakyat bahawa Kerajaan tak ada kena mengena dengan caj yang dikenakan, sebaliknya syarikat telekomunikasi itu sendiri, maka masih akan adakah lagi suara-suara menuduh Kerajaan di belakang kenaikan ini caj ini semua?

Mana cerdik pandai dalam bidang percukaian dan perakaunan. Terangkan kepada rakyat cukai ini akan masuk kepada siapa? Kalau tak naik 6% pun syarikat telekomunikasi tetap akan bayar cukai kepada Kerajaan. Dan jika naik 6% pun, cukai tetap kena bayar. Selama ini pun Kerajaan tak bising-bising untuk cari untung. Tentu saja bila penegasan Najib maka kita perlu fikir siapa yang sebenarnya naikkan caj tersebut. 

Susah sebenarnya apabila memegang tampuk pemerintahan. Perlu jawab untuk kesemuanya walaupun Kerajaan lebih kepada perkhidmatan. Dan perkhidmatan itu sudah dikira telah diberikan BN di peringkat yang terbaik sehingga nak mencari kesalahan hanyalah sebesar tahi cicak!

Kalau syarikat buat keputusan maka Kerajaan kena jawab. Hmmm.. Rumit!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates