Rabu, 14 September 2011

Adakah Najib Abdullah Badawi Kedua?

1. Malaysiakini kerja dia memang kuat menipu, kuat buat provoksi dan amat sesuai untuk cauvinis dan Melayu banjingan yang bertuhankan DAP.

2. 99% ulasannya adalah bernilai menghasut melayu bodoh membenci Kerajaan yang diteraju Melayu dan meletakkan DAP sebagai kitab rujukan. Berita berkenaan Jabatan Perdana Menteri memanggil untuk berjumpa Namewee jika benar adalah satu penghinaan kepada penyokong setia UMNO dan BN. JPM perlu segera jelaskan.

3. Telah berbuih kita mencadangkan agar Namewee dipanggil KDN, tetapi JPM pula nak jumpa Namewee. Kerajaan perlu faham sentimen penyokongnya yang tidak lagi memberi undi secara murah selepas zaman Abdullah Badawi. Bersama namewee atau bersama kami, itu mesej jelas.

4. Nampak macam fenomena "tingkat empat" warisan zaman Abdullah Badawi masih wujud, dan belum dicuci sepenuhnya. Sebaliknya fenomena itu semakin menyerlah kebelakangan ini.

5. Kebanyakan rakyat tahu, bahawa Tingkat Empat adalah golongan bodoh yang perasan bagus yang hanya hebat dengan terminologi. Golongan ini walaupun kelihatan tersangat bodoh, namun mendapat kepercayaan orang yang sepatutnya bijak, iaitu Perdana Menteri.

6. "Kebijaksanaan" tingkat empat mereka terbukti pada Mac 2008, walaupun dilaungkan oleh blogger bagai nak rak bertahun2 sebelum itu.

7. Jika PM benar-benar mahu jumpa Namewee, ia memberi isyarat bahawa PM tidak perlukan undi penyokong UMNO, sebaliknya Undi DAP yang ditagih.

8. Bersihkan fenomena "Tingkat Empat" atau lihatlah nasib Abdullah Badawi.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates