Rabu, 21 September 2011

Agro-Hub negeri Kedah

Kedah Times tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Agro-Hub (pengkalan hasil pertanian) negeri Kedah yang dikatakan bakal menjadi pusat membeli, memproses dan mengetin yang sedang katanya dalam pembinaan di sungai Petani. Ianya seperti kata kerajaan PAS akan beroperasi pada Julai 2011 ... dah beroperasi lah tuu.

Kedah Times ada melalui kawasan tersebut yang dikatakan berhampiran Hospital Sg Petani dan Komplek Mahkamah. Memang ada pembinaan tetapi nampak gayanya bukan tempat memproses dan mengetin hasil pertanian. Sebaliknya ia dibina untuk menjadi pusat pengumpulan sahaja.

Pusat mengumpul, memprose dan mengetin
di SG Petani
Tak apalah mungkin nampak macam pusat mengumpul tetapi kita bersangka baik yang ianya adalah pusat seperti yang dikatakan pihak Kerajaan PAS ... mengumpul, memproses dan mengetin.

Tetapi rujuk apa yang dikata dibawah:


10,000 pemilik dusun tagih janji MB Kedah

KUALA NERANG 21 Ogos - Lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Seorang pemilik dusun, Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.

“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.

“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.

Abdul Fatah, yang juga bekas anggota Pas, berkata, mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.

Mizan Ahmad, 45, pula berkata, rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan. — BERNAMA.


August 26, 2011 11:41 AM

Pusat Pengumpulan Buah-buahan Dibina Kerajaan Negeri Masih Tidak Beroperasi

SUNGAI PETANI, 26 Ogos (Bernama) -- Pusat pengumpulan buah-buahan Lembah Jerai di sini yang didakwa kerajaan negeri Kedah mampu mengatasi lambakan buah-buahan sebenarnya masih belum beroperasi seperti yang dijanjikan.

Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof berkata pusat pengumpulan itu hanya projek kosong yang digembar-gemburkan bagi mengaburi mata rakyat untuk meraih sokongan mereka.

"Pusat pengumpulan buah-buahan Lembah Jerai, bila kita tengok papan iklan cantik, orang ramai tengok pun terharu yang kerajaan negeri ini mengumpul buah-buahan orang kampung, tetapi bila kita pergi ke tempat yang buah dikumpul, kita tengok tiada apa-apa, kosong walaupun ada khemah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di Jeti Semeling dekat sini Khamis malam.

Beberapa hari lalu, lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap melahirkan rasa kecewa kepada kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di pusat pengumpulan produk pertanian di sini.

Mereka mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan dan kerana itu mereka tidak menjual seperti biasa kepada peraih tetapi akhirnya buah-buahan itu rosak tidak diambil.

Shahanim berkata lokasi projek pusat pengumpulan buah-buahan berkenaan tidak strategik kerana dibina di pekan Sungai Petani, tempat yang tidak mempunyai hasil pertanian yang banyak.

"Sepatutnya mereka kena buat di perkampungan yang orang kampung ada hasil-hasil pertanian contohnya di Baling, Padang Terap, Pokok Sena, sana ada rambutan banyak, ataupun adakan cawangan kecil di situ," katanya.

Shahanim, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani, berkata kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan projek untuk kepentingan rakyat dan kurang kemampuan membuat kerja dengan baik sekaligus merugikan rakyat. -- BERNAMA


August 22, 2011 17:57 PM
Pemilik Dusun Perlu Jumpa Pengurusan Produk Pertanian - MB Kedah

ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) -- Pemilik dusun di Kedah perlu berbincang dengan pengurusan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian atau Pusat Pengetinan Buah yang beroperasi di Sungai Petani bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri mengalu-alukan hasrat pemilik dusun menjalinkan kerjasama membekalkan buah-buahan tempatan untuk diproses dan ditinkan di dua pusat terbabit.

"Saya dah nyatakan kepada mereka jika ada lebihan buah-buahan, terutama rambutan, boleh hantar kepada pusat pengumpulan dan pengetinan. Mereka perlu berurusan dengan pihak pengurusan terlebih dahulu untuk bincang demi kebaikan kedua-dua pihak.

"Mereka tidak perlu bimbang mengenai lambakan buah pada musim akan datang kerana dua pusat tersebut memerlukan bekalan bahan mentah sepanjang musim," katanya ketika diminta mengulas kekecewaan lebih 10,000 pemilik dusun di daerah Padang Terap terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal melunaskan janji untuk memungut buah-buahan berkenaan.

Azizan berkata kerajaan negeri menggalakkan pemilik dusun menjual hasil mereka kepada kedua-dua pusat yang diwujudkan bagi membantu mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan.

-- BERNAMA

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Last-last tempat tu jadi Markaz Pas Sg Petani. Boleh gak buat tempat ceramah dan kutip derma.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates