Sabtu, 10 September 2011

Akan Semarakkah Gelombang Merah?

Di Dewan Wawasan Jitra berlangsung Majlis Penerangan Perdana yang dihadiri oleh lebih 4000 pemimpin-pemimpin masyarakat telah bergema sekali lagi laungan GELOMBANG MERAH yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Ianya didisambut dengan gemuruh oleh hadirin yang terdiri dari ketua-ketua jabatan, NGO, UMNO, MIC, MCA, Gerakan, PPP, IPF dan lain-lain. Semangat kemuncak diwaktu untuk menyemarakkan lagi Gelombang Merah serta menawan kembali Kedah dari PR.

Kedah Times berharap semangat dan laungan ini bukan berakhir di dewan Wawasan sahaja, tetapi diteruskan di seluruh pelusuk Kedah dengan pelbagai program yang boleh menarik dan menaikkan semangat pengundi dan rakyat.

Kita harapkan ianya jangan hanya menjadi hangat tahi ayam didalam dewan Wawasan sahaja. Ketua-ketua bahagian serta cawangan perlu meneruskan semangat ini dengan pelbagai program.

Ayuh mereka yang sayangkan Kedah. Bangun kita kembalikan Kedah kepada kegemilangan dahulu. Bukan lagi dilagukan dengan lagu-lagu manis dan sedap oleh pemerintah sekarang.

GELOMBANG MERAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH kata semua pemimpin-pemimpin di Dewan Wawasan Jitra. Jangan jerit saja, ayuh laksanakan....

5 comments:

pemerhati politik kedah berkata...

setakat gelombang merah sekali sekala tak memadai.Kemudian jentera pilhanraya pun tak ada lagi dikebanyakan bahagian.Malahan diperingkat akar umbi langsung tak ada.

Boleh menang ke macam ini punya persediaan.
Kedah Times turunlah sendiri tiap-tiap bahagian buat kajian.Kemudian lapor lah.

Gendang raya sahaja.Dalam kosong.

Tanpa Nama berkata...

Ketua Jabatan mana pulak yang nak ikut Gelombang Merah bodoh piang nii? Hangpa angau kaa?

Juling Itek berkata...

kesian tengok. Semua Jabatan Kerajaan paksa boss dan pegawai2 kanan pergi meramaikan majlis najib. Umum tahu ramai kakitangan kerajaan meluat dengan umno bn. Tetapi mereka pergi juga sebab periuk nasi. PRU13 nanti tahulah apa mereka akan lakukan untuk KUBURKAN UMNO BN seterusnya... Jangan mimpi dengan ramai yang pergi kerana di PAKSA itu

Bang Man berkata...

Gelombang Merah jgn jd Gelombang MARAH dah la...tawar hati juga dengan ADUN BN nie, menyesai pun ada pangkah depa PR yg lalu.

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Kerajaan yang hadzir adalah dijemput. Jika kawan-kawan kita dari Jabatan Persekutuan rasa nak hadzir mereka hadzir lah. Bukan ada paksaan. Tapi itulah reaksi mereka, kerana mereka hadzir dengan kerelaan hati untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keselamatan dan SPR. Jika mereka berasa nak berehat mereka rehatlah, sebab hari tu cuti.

Nampaknya, kawan-kawan kita dari Jabatan Persekutuan amat gembira kerana dijemput, disamping berhari raya dalam bulan Syawal mereka dapat berjumpa dan bersalam-salaman sesama Islam. Lagi pun, kakitangan Kerajaan yang hadzir pada hari tersebut tidak digalakkan membuat klim. Itu pun mereka suka nak hadzir.

Sebagai kawan dalam jabatan juga, saya bersyukur kerana segala maklumat yang disampaikan memberi erti yang cukup jelas bahawa Kerajaan BN bersama kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bertugas di Kedah terlalu jujur menjalankan tugas mereka demi kerana "RAKYAT DI DAHULUKAN".

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates