Khamis, 15 September 2011

Apa kata pengikut PAS?


Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu. Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya. Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam. Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. 

Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya. - Utusan Malaysia

NOTA : KEdah Times cuma nak beritahu pengikut PAS dan PKR bahawa Imam ini tidak dibayar satu sen pun untuk berkata sebegini.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS ikut sunnah Sabu... mana nak masok benak dia orang...hal perpaduan Ummah....Bab Nafsu...ok lah...

Kita kena ambil pendirian tegas dalam hal ini...

PAS itu PAS

Umno itu Umno

Islam itu Islam..

jangan lacurkan haq Allah dan Rasul...

Orang PAS boleh mengamalkan Islam..

Tapi Islam tak bolih ikut PAS....

Ini Jelas...Islam itu syummul..Luas

Sedangkan PAS jumud dan sempit lagi bercampur aduk dgn pegangan Syiah...(taksub melampau dan menerima wahyu mcm Imam syiah sedangkan itu berita dari Syaitan jua)


Hperancis

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Punjangga Moden Berbunyi Kuning Berhati2 untuk berhenti, Merah Mesti Berhenti, Bila hijau boleh jalan dahhhh. Kini tiada dihati semuanya...... Ibarat pungguk rindu bulan tapi kini PAS rindukan Komunis.....

PAS itu PARTI ANUTAN KOMUNIS

UMNO itu PARTI PEJUANGAN ORG MELAYU JUANG ISLAM..

anti bohmau berkata...

tuan,

ahli2 pas tu terlalu taksub warna & tawadhuk kpd pemimpin2 alim kucing & lambang parti depa shj. apa sj yg keluaq dari mulut penceramah2 depa disambut dgn takbir walaupun bila mat sabu habaq komunis baik!!! adaka lagu tu?

susah nak ubah ketaksuban totok depa tu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates