Isnin, 12 September 2011

Bila Timbalan Presiden 'Kaki Kencing'


Ini adalah ucapan Kedahtimes kepada semua ahli PAS yang sedang ligat menyusun ayat bagi menyokong dan menyakinkan rakyat bahawa apa yang Mat Sabu kata iaitu komunis adalah wira sebenar adalah benar.


TAHNIAH KERANA ANDA MEMBUKTIKAN KEPALA LUTUT MAMPU MENGGANTIKAN AKAL

Inilah jasa pembangkang yang paling besar untuk Malaysia. 

Kementerian Pelajaran, para cendiakawan serta para profesor-profesor Sejarah, guru-guru Sejarah adalah pihak-pihak yang cukup dimalukan oleh PAS pada hari ini kerana apabila Mat Sabu bercakap sahaja, sejarah Malaysia terang-terangan perlu diubah.

Guru-guru Sejarah yang puas mengajar Sejarah kepada anak-anak murid untuk mengingatkan tentang tarikh, nama dan jasa, membina soalan dan menyemak jawapan bagi memastikan murid-murid faham Sejarah telah menerima pujian dan penghargaan yang cukup 'indah' oleh Mat Sabu dan penyokong PAS.

Mat Sabu telah mencetuskan satu fenomena baru dalam politik negara. Nak tunggu lagi kot-kot Mat Sabu nak umumkan dirinya Imam Mahadi pula sebab nak tengok apa reaksi penyokong PAS yang sedang bersyarah sakan sana sini mengatakan bahawa hanya Mat Sabu tahu sejarah!

p/s : Bila dengar ahli PAS bersyarah, maka janganlah malu-malu dan segan-segan mengatakan bahawa diri kita adalah bodoh sebab mereka memang pandai! Seronok tengok Mat Sabu bersilat, berkungfu, bertaici, bertomoi bersyarah di merata-rata bagi menegakkan apa yang dikatanya adalah benar! Hidup Mat Sabun!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates