Rabu, 21 September 2011

Elaun untuk Imam & guru agama dan Alquran

Semasa ingin mendapat kuasa PAS Kedah menjanjikan untuk mengkaji elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qariah. Maka bergembiralah imam-imam yang selama ini memang penyokong PAS tapi masih bergantung kepada elaun sumbangan kerajaa Pusat.

Ini yang berlaku sebenarnya.

Elaun imam yang dibayar selama ini sebanyak RM750 adalah dibayar oleh kerajaan pusat. Kerajaan PAS KEdah hanya menokok sebanyak RM50 sahaja. Kalau nak kira ikut peratus, ianya hanya 6% sahaja. Baki 94% lagi disumbang kerajaan pusat.

Tapi kokokkan PAS macam merekalah champion kepada tok-tok imam. Malah mereka memperalatkan sesetengah tok imam demi menyebarkan propaganda politik sempit mereka.

Juga PAS Kedah berjanji untuk memberi elaun kepada guru-guru agama dan alquran persendirian. Janji yang belum melihat kemampuan kerajaan. Inilah hasil janji PAS.

Kerajaan Pusat menyumbang RM800 untuk guru-guru ini.  Kerajaan Negeri Kedah hanya menyumbang RM22.00 untuk ketegori C, RM32.00 untuk kategori B dan RM62 untuk Kategori A.

Apa sudah jadi? Kenapa tak belanja saja duit balak yang meningkat 203% serta penjimatan duit penyelenggaraan yang puluhan juta tu?

Kepada guru-guru agama dan Quran serta tok imam, ingatlah PAS memang suka berjanji tapi mereka tidak pernah fikir sebelum membuat janji-janji tersebut. Sebaliknya mereka suka berlagak atas sumbangan pihak lain.


1 comments:

anti bohmau berkata...

itilah masalah utamanya tuan.

penyokong2 pr terutamanya pas hanya nampak pokok tapi gagal melihat hutan. begitu juga bila diberi pokok, mrk hanya nampak bunga/buah tapi gagal mengakui siapa pemberi pokok tersebut! cuba pemberi/tuan empunya pokok tebang pokok tu, tentu bunga pun tak ada, buah pun hilang!!

penyokong2 pas suka melihat seditkit kekurangan tp gagal melihat kelebihan/kebaikan kerajaan pusat yg berjuta2 lagi. mrk ini betul2 kufur nikmat. sbb tu Allah SWT tidak memberikan kemenangan mutlak kpd mrk utk memerintah negara ini..dah lama dah depa gila..Nau'zubillah!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates