Khamis, 8 September 2011

Exco Industri Kedah Tidur

1. Disebabkan baru pasang lagi satu isteri baru, tentulah kena tidur bergilir-gilir, kalau tidak tentulah tidak adil namanya. Takkan bab tidur dengan isteri mana-mana pun KT nak kacau YB.

2. Tapi ini soal bukan tidur dengan isteri baru atau isteri lama yang KT nak persoalkan, tetapi soal "tidur" a.k.a tak buat kerja. Bila orang kata pelabur lari, YB dok ulang tayang pelaburan First Solar yang dirasmikan pada April 2008, iaitu sebulan selepas memerintah Kedah. Takkan rakyat Kedah tak tahu fikir kot, ada ka pelabur boleh ditarik dan buka kilang dalam masa sebulan. Faham-faham la no.

3. Soal pelabur lari ni bukan soal sekali dua, tapi bila tak buat kerja, pelaburan akan terus-terusan cabut lari. Sebelum tu, Intel tutup sebahagian operasi, Lepas itu syarikat teknologi  kuasa ETI Tech lari ke Perak. Baru-baru ini Solexel pula bawa pelaburan ke Senai.  

4. Kenapa jadi begini? Takkan Pelabur Amerika pun tunduk pada Umno Padang Serai suruh sabotaj Kulim Hi-Tech?Macam mana pelabur nak masuk ke Kedah, Pegawai yang PAS lantik dan puja untuk jual tanah tu,katanya harga tanah pun tak tahu. Sedangkan Senai Hi-Tech  yang mendapat banyak pelaburan pula di terajui oleh Dato' Ahmad Shukri, bekas CEO Kulim Hi-Tech yang dipecat secara zalim.

5. Kami dimaklumkan, dua lawatan Kulim Hi-Tech ke Solexel, Amerika melibatkan perbelanjaan melebihi RM300 ribu ringgit, sedangkan Solexel memilih Senai Hi-Tech tanpa perlu Pihak Senai Hi-Tech ke Amerika waima satu kali pun. Kayanya Kedah, belanja banyak, tanpa hasil, sedangkan Johor yang jauh lebih kaya tak perlu belanja besar pun untuk menarik pelabur.

6. Sementara krisis Air semakin meruncing di Kulim Hi-Tech diantara Pihak Industri dengan SADA, YB Amiruddin terus tidur nyenyak. Pihak Industri pula memaklumkan kepada kami bahawa mereka telah dua kali ditengking apabila cuba membawa perkara ini ke atas.

7. Sekali apabila ditengking oleh Ustaz Azizan dengan ucapan manis "Hangpa mai buat pa?" dan kali kedua apabila ditengking oleh SADA dengan kata-kata penuh berbunga "Hangpa ingat ini harta meredak hangpa, pi balik" setelah sebelum itu dibiarkan berjam-jam menunggu untuk berjumpa.

8. Kedahtimes dengan rasa simpati  kepada pihak Industri dan ingin mengucapkan,........."Undilah PAS".

****************************************************************************
Pertama sekali, ucapan tahniah kpd seorang anak Kedah yg berjasa kpd negara kerana berjaya bersama pasukannya membawa pelaburan yg bernilai dalam anggaran RM2.8 billion ke Malaysia.

Kpd pembaca setia akan tahu sapa yg aku maksudkan  di atas.  Biar aku berikan maklumat lanjut mengenai berita baik ini.

Pada tengahari 23 Ogos, 2011, satu MoU telah ditandatangani oleh Senai High Tech Park (SHTP) dgn Solexel Inc. dari US utk pelaburan Solexel membangunkan sebuah kilang mengeluarkan panel solar di Senai High Tech Park di Senai, Johor.  MoU ini telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya.


Baca Seterusnya....


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates