Khamis, 15 September 2011

ISA Dimansuhkan

DS Najib dalam ucapan hari kemerdekaan dan hari Malaysia telah mengumumkan yang Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan. Walaubagaimanapun, kerajaan akan menggubal akta baru bagi menggantikan ISA. Akta yang bakal digubal adalah bagi menjamin hak-hak dan kebebasan rakyat dengan sebaiknya.

Untuk memansuhkan akta ini, maka ianya perlu kelulusan 2/3 parlimen. Buat masa kini BN atau kerajaan tidak mempunyai 2/3 majoriti di Parlimen. Maka kita bakal melihat siapa dari pembangkang yang bakal memberi undi dan siapa yang bakal menolak pemansuhan ISA ini.

Cuma sebagai rakyat jelata yang cintakan keamanan, kedah times harap akta baru yang bakal digubal masih boleh menjamin keselamatan dan kebebasan rakyat untuk bebas menjalani kehidupan yang aman dan makmur. Bukan bergerak dalam keadaan ketakutan.

4 comments:

Mohd berkata...

Najib telah bertindak kurang bijak!
Inilah akibatnya jika mendengar suara2 sumbang yg menyamar sebagai penasihat2 yg kurang bijak.
Bila ISA dimansuhkan, maka orang2 spt dari parti2 pembangkang akan bermaharajalela dan bertindak ganas. Rakyat biasa yg menurut undang2 tidak ada sebarang masalah dgn adanya ISA. Sebenarnya ISAlah yg telah sekian lama menyelamatkan kami dari tindakan ganas petualang2 negara.
Najib kata akan mengubal undang2 yg baru utk mengantikan ISA. Boleh ke Najib luluskan undang2 tersebut tanpa majoriti 2/3 di parliamen???
Rakyat Malaysia bersedialah utk huru-hara spt yg berlaku di negara2 Arab.
Betullah teori RAHMAN!
Melayu mudah lupa!

aku berkata...

aku percaya PM da amik pusing sumer 'back-up' plan sebelum membuat pengumuman....

sbb aku percaya PM bukan sahaja berjiwa dan bersemangat patriotik...malah beliau bijak dalam menterjemahkan dan menyusunnya kepada bentuk tindakan.....

beliau juga konsisten dengan apa yang beliau lafaz dan janji.......

kdg2 kita tak dapat 'baca' sesuatu tu....sampai lah ianya menjadi jelas.....baik daripada sudut undang2 mahupun secara 'teknikal' dan 'etika' nya...InsyaAllah...

wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

Dua pertiga untuk memansuhkan ISA mungkin tidak ada masaalah. Tetapi dua pertiga untuk menggubal undang-undang baru mungkin ada kerumitan.

Tanpa Nama berkata...

Saya hormat PM atas tindakannya. Bukankah ini antara janjinya semasa mula jadi PM. Pemimpin yang baik akan memenuhi janjinya. ISA sudah jadi momokan pembangkang sekian lama. Saya memang menyokong BN sekian lama. Bila berhadapan dengan pembangkang isu ISA amat sukar dijawab kerana masyarakat difahamkan ISA sekadar tahan tanpa bicara. Tahan tanpa bicara bermakna zalim. itulah momokan pembangkang sekian lama. Dari sudut Islam pun, ISA tidak menepati kehendaknya. Saya percaya PM telah melihat isu ini secara mendalam sepertimana perkara-perkara lain jugak. Pembangkang di Malaysia ni amat pelik. Kerajaan buat apa pun mereka akan bangkang. Berjuta kebaikan kerajaan buat bukan mereka nampak dan sengaja buat tak nampak walaupun kebaikan itu mereka sendiri nikmati setiap masa setiap hari. Jadi saya secara peribadi ucap tahniah kepada PM yang begitu berani menutup momokan pembangkang ini. Kalau PM tak buat mereka akan kata. Kalau PM buat pun tetap mereka kata jugak. Kita tunggu saja Akta baru yang akan menggantikan ISA ini. TQ.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates