Rabu, 21 September 2011

Janji PAS Kedah

1. Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan Kerajaan. 

Kedah Times rasakan ianya teramat baik tetapi bolehkah dilaksanakan? Sehingga kini masih tiada kedengaran janji ini dilaksanakan.

2. Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat.

Kedah Times masih lagi membayar cukai yang sama nilainya sejak dahulu, kini dan .... Bila agaknya nak merasa cukai pintu yang baru yang lebih rendah.

3. Mewujudkan persekitran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang.

Nasib baik ada Environment E-Idaman yang dilantik oleh KPKT. Kalau tidak apa nak jadi tak tahulah dengan sampah yang bertimbun-timbun depan rumah Kedah Times. Harapkan Mahfuz, dia asyik berkelahi nak bolot kontrak KUIN jerr.

4. Memperbanyakkan serta memudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah selesa.

Rakyat Kedah masih menanti rumah-rumah mampu milik serta selesa dibangunkan oleh kerajaan Pas KEdah. jangan sebut pasai projek perumahan Pokok Sena yang dibangunkan STDC sudahlah sebab ianya dulu dirancang waktu BN dan sehingga kini masih belum benar-benar nampak hasilnya terutama bagi yang berpendapatan rendah.

5. Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada dengan gaya hidpu moden.

Mohon pihak kerajaan PAS Kedah senaraikan kemudahan rekreasi baru yang mereka bina. Kalau tidak pun minta Kedahla tolong senaraikan. Jangan senarai Jerai Resort sebab tu yang lama dan di upgrade saja. Lagipun tu bukan pusat rekreasi .. tempat bercuti ekslusif juga tu. Taman jubli Perak bersebelahan Wisma Darulaman tu hanya ditukar nama saja. Keadaan masih seperti dulu. Begitu juga taman jubli perak Sg Petani.

6. Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama.

Kedah Times tercari-cari dimerata Kedah tapi sehingga kini satu pun tak jumpa.. apa dah jadi ni?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tau....ni kena tanya depa...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates