Selasa, 13 September 2011

Kemarahan terlampau ...

Gambar ini Kedah Times perolehi dari McTheory & Croniez. Terima kasih & mohon diletakkan dalam Kedah Times.

Kedah Times tak sempat nak lawat site kerana terlalu sibuk dengan pelbagai kerja yang bertimbun selepas puasa dan raya.

Di Stadium Darul Aman 

Walaubagaimanapun berdasarkan kepada gambar yang dipaparkan dimana Stadium Darul Aman telah diconteng dengan perkataan-perkataan yang menunjukkan kemarahan yang amat sangat kepada individu-individu yang disebutkan nama mereka dalam ayat tersebut.

Kita tidak tahu angkara siapa. Jika tanya orang PAS, mereka sudah tentu menuduh orang UMNO yang melakukannya. Sebaliknya jika ditanya kepada orang UMNO, mereka juga bakal menjawab yang ianya tiada kaitan dengan orang UMNO ... orang UMNO tak buat kerja-kerja sebegitu.

Kebencian melampau dilepaskan
di dinding Stadium Darul Aman
Tapi itulah akibatnya kalau melampau dalam berpolitik. Tidur politik, makan politik, tengok bolak cakap politik, masuk tandas pun conteng ayat-ayat politik didinding, datang tengok bolapun bawa bendera politik  dan semua perbuatan dan percakapan berunsurkan politik, maka rakyat bertambah benci.

Anwar dan Mat Sabu adalah 2 personaliti seperti yang dikatakan di atas. Apa saja perbuatan dan pertuturan mereka, semuanya berunsurkan politik.

Dan akhirnya rakyat benci....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Disitu ada protes melampau. Selalunya perbuatan begini memberi alamat yang membimbangkan keselamatan. Ini semua gara-gara terlampau dok tunjuk kapada rakyat kata depa tak jahat dan tak ada skendel. pr: 'pUBLIC rELATION' parti - cakap banyak, tapi jadi hantu.

Tanpa Nama berkata...

Dewan Ulama Tolak Komunis, Beranikah Pas Tendang Mat Sabu Keluar??

KUALA LUMPUR 8 Sept – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris tidak pelik dan tidak hairan dengan tindak tanduk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilihat mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Ini kerana menurut beliau Timbalan Presiden Pas yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu adalah pembawa fahaman syiah berpuluh tahun yang lalu dan perkara itu terbongkar kali ini dengan izin Allah s.w.t.
“Syiah itu adalah komunis (shuyuiyyun) yang mana menentang kerajaan Khulafa Al-Rasyidin. Justeru apa pun cerita dan skrip yang hendak dipusing dalam kontroversi itu, amat jelas beliau seolah-olah cuba mengangkat komunis yang telah membunuh pasukan keselamatan di Bukit Kepong sebagai hero ayng sebenar.
“Walaupu berselindung di sebalik Mat Indera, Mat Sabu sudah terperangkap dengan gaya mainan politiknya sendiri dan topeng yang dipakai di wajah beliau terserlah hari ini dan beliau tidak boleh melarikan diri lagi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas khususnya Mat Sabu yang dilihat cuba mengalih tumpuan sebenar terhadap kontroversi tragedi berdarah Bukit Kepong dengan menjadikan topik utama hari ini adalah kepada individu yang bernama Mat Indera.
Dalam pada itu beliau mencabar Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan segera teramsuk melucutkan jawatan serta keahlian Mat Sabu di dalam Pas.
Menurut beliau cabaran berkenaan adalah berasaskan kepada kenyataan Harun Taib sebelum ini yang menyebut setiap ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam termasuk apa yang diperjuangkan oleh komunis tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila.
Soal beliau apakah Harun Taib atau Hadi takut serta gusar untuk mengambil tindakan terhadap Mat Sabu yang jelas merupakan pembawa fahaman Syiah yang merupakan komunis kepada kerajaan Khulafa Al-Rasyidn.
“Saya cabar kepimpinan Pas dalam soal ini. Jangan hanya sekadar bercakap dan dengan niat untuk menutup apa yang berlaku. Katakanlah benar walaupun ianya pahit. Jadi saya berdoa dan berharap kepimpinan Pas khususnya Hadi dan Harun Taib diberikan petunjuk dalam soal berkenaan.
“Saya bercakap berdasarkan apa yang diutarakan oleh Dewan Ulama Pas sendiri dan saya nak tengok sejauh mana keberanian pucuk pimpinan Pas untuk memastikan Islam terpelihara daripada sebarang anasir komunis,” katanya. -MediaUMNO

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates