Jumaat, 30 September 2011

Kenapa PAS Tidak Mungkin Berpadu dengan Umno?

Halangan PAS Untuk meninggalkan PKR serta DAP dan mempertimbangkan perpaduan dengan UMNO bukanlah dari akar umbi. Ia juga bukan dari pemimpin tertinggi PAS, tetapi halangan sebenar adalah golongan cari makan dalam PAS.

Golongan profesional yang dikatakan profesional dalam PAS kebanyakannya merupakan golongan loser didalam bidang pekerjaan mereka kerana tidak mampu bersaing akibat dari ketaksuban dan kejumudan fikiran mereka. Namun apabila PAS berkuasa, golongan inilah yang paling kuat melobi dengan menjual jawatan profesional mereka agar dapat masuk kepentadbiran negeri dan glc-glc.

Jika berlaku penyatuan, prestasi mereka di GLC akan dinilai dan mereka akan terpaksa bersaing intelektualiti dengan profesional dari parti bukan pas, yang mana pada waktu ini, sentimen politik tidak boleh digunakan lagi untuk mengauta kepimpinan. Maka harapan cerah profesional-profesional ini akan hilang jawatan dan nikmat.

Jadi, mereka ini akan gunakan apa saja isu, termasuk sejarah kononnya dianiaya Umno untuk menolak perpaduan.

Golongan ini adalah anak didikan Anwar Ibrahim sebenarnya yang menyamar menjadi tok-tok lebai PAS yang pada suatu masa dulu hanya naik atau kaya kerana menjadi kroni Anwar. Yang sahihnya mereka adalah loser yang tidak dapat bersaing dari segi intelektual, kepandaian serta kebolehan dalam apa saja bidang yang mereka ceburi, kecuali bidang bodek serta mengipas pemimpin.

Kini PAS dipenuhi dengan golongan loser penyokong Anwar yang sedang bersedia untuk membaham mana-mana pemimpin demi survival mereka. Dan PAS bakal berkubur jika mengikut cara politik mereka ini!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sebelum berbicara tentang pencaturan anatara UMNO dan PAS kita harusnya berpandukan kepada Sirah Rasulullah SAW.

Dimana antara Sabda Baginda bahawa diakhir zaman umat islam bagaikan buih dilautan tetapi tiada kualiti. Kita juga telah diberitahu bahawa Islam berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu sahaja dijanjikan syurga. Moga2 kita semua tergolongan dalam 1 kumpulan dijanjikan syurga.

Persolannya telah diterjemahkan kepada kita mengenai kejayaan PAS dan sekutunya yang berjaya memerintah Kedah, Selangor, Penang dan Kelantan.

Apakah mereka benar2 berjuang dan berkhidmat kejalan Allah SWT. Kita lihat Negeri Kedah Darul Aman bawah pemerintahan PAS kononnya pemimpin golongan ulamak.

Rakyat disogok dengan slogan Kedah Sejahtera.

Kita lihat jalanraya Kampung Lubuk Merbau Mukim Pedu. Alhamdulillah atas keberkatan pemerintahan BN pada Tahun 1986 maka terbinanya sebuah jambatan batu dan jalanraya berturap. daripada kampung yang ibaratkan sebagai Kampung terpendalaman dan terpencil atau ulu sehingga gah dan penduduknya kini boleh katakan kaya raya. Mengapa tidak bolehkatakan setiap biuah rumah kereta berjenama dan motosikal alah biasa seolah basikal mainan kanak2. Itulah hebatnya pemerintahan UMNO tak kala itu.

Sejarah pembinaan jalanraya dan jambatan batu mendapat tentangan daripada pemimpin PAS antaranya Haji Md. Rejab Jaafar, Rashid Hj. Minal(Arwah), Hj Othman, Hj Ahmad, Mokhtar dan seluruh warga PAS yang mengatakan pembinaan jalanraya akan menyebabkan ternakan ayam,itik,lembu,kambing, kerbau dan tanah mereka terlibat dengan jalan. Sehingga golongan bersepakat kiranya jalanraya terbina mereka akan memukul ketua kampung pada masa itu.

Allah Maha Kuasa berkat usaha pemimpin UMNO peringkat kampung,bahagian akhir berlakulah pembinaan jalan raya dan puak2 PAS mula membakar api memberontak dan mengungut untuk memukul ketua kampung pada masa itu. Ini ditambah dengan batu apai daripada PAS bahagian antara mahmud Gelong dan Daud Celepeh, Haji Hassan Kuala Tekai, Haji abdullah Kuala Tekai.

Akhirnya kerajaan telah memberi bayaran papasan keatas tanah dan rumah2 yang terleibat dengan pembinaan jalanraya. Maka setengah mendapat bayaran melebihi harga pasaran tanah ulu masa itu.

Kita lihat perangai beruk orang PAS. Apabila mereka melihat pampasan dibayar dengan lumayan maka berduyun2 Puak celaka PAS diatas menemui Ketua kampung Merayu agar jalanraya diubah keatas tanah mereka.

Kini jalanraya dam jambatan batu yang dibina oleh UMNO (PAS PANGGIL KAFIR YG MENDAPAT MAKI HAMUN) kini menjadi rebutan dan daya pemangkin merubah corak kehidupan penduduka kampung dan sekitarnya merobah corak kampung daripada tiang kayu bulat beratap nipah, berlantai pinang,buluh, papan serta berdinding buluh dan papan kini menjadi banglo separuh banglo bahkan mewah semuanya.

Semasa pemerintahan UMNO jalanraya tersebut ditatang sebagai bulan purnama dan keselamatan rakyat terjaga. Kini PAS memerintah jalannya berlopak, berlubang, berombak, beralun, tar-tar telah menjadi mendap serta jambatan nampaknya kian usang serta tidak diberikan bedaknya.

Apakah pembangunan yang PAS laksanakan dikampung tersebut. Malangnya peralatan kenduri kendara orang PASpun UMNO yang punya. Siapa lebih islam?????

Hakikatnya UMNO kampung ini tidak mahukan rakyat hidup berpulau2 tetapi ada ketika PAS menyeru ahli pulaukan UMNO?.. Apakah ini yang dituntut oleh Islam. Kebaikan UMNO ialah mereka memberi bantuan serta pembaikan surau ibadah Ahli PAS untuk beribadah kejalan Allah tetapi malang pernah dilogo lambang bulan purnama. Siapa hina?... Siapa yang tidak menurut syariat islam..

Anehnya ahli UMNO mendirikan solat berjemaah sedangkan ahli mendiami rumah??? Siapa lebih ismaik?????

Tepuk dada tanyalah selera.....
Ini saya cuma utara hanya tidak sampai 5% pun.

Tanpa Nama berkata...

Betul pun.. Kalau nak di ambil kira, ramai ahli taraf bumiputera PAS & PKR yang dari lagi cari makan dengan projek-projek kerajaan BN waktu sebelum PRU12. Mereka ini lah duri dalam daging orang melayu dan agama Islam dan tak kenal erti di untungkan keajaan BN..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates