Jumaat, 9 September 2011

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - Alam sekitar dan pelancongan

Bab ZIPY ini memang kerajaan Kedah laksanakan, Kedah Times tidak nafikan. Tetapi masalahnya ianya dipindahkan kemana? Ke dasar laut ka atau ke atas kayangan? Sehingga hari ini tiada nampak projek ini. Benar, bendang dan alam sekitar masih seperti dulu ...

Zon Hijau di bandar di laksanakan tetapi apa berlaku kepada zon Hijau luar bandar? Sudah jadi zon merah. Betul tak?

Laporan menyebut bahawa Pekan Rabu menerima kekurangan pelancongan sejumlah 75% sejak PAS memerintah. Kalau dulu 100 orang datang melawat sebulan, tapi kini hanya tinggal 25 orang saja. Cuma nampak Langkawi masih bertahan, itupun kerana banyak program kerajaan persekutuan yang dibawa ke sana.

Tentang pusat pelancongan terbaru YB cuma dok bohong rakyat. Yang YB senaraikan tu semua dah wujud lama dah. Cuma kita dok tunggu kerajaan sekarang untuk buat sesuatu supaya dikenali pelancong dan rakyat pun boleh la tumpang buat ekonomi kecil-kecilan .... tapi nampak macam mimpilah kita...


15.ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN

a)Memastikan pembangunan fizikal tanpa menjejaskan kualiti udara, sungai dan hutan.

Keterangan:

Perkara ini telah menjadi polisi kerajaan.

Memindahkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) daripada tanah sawah seluas 4300 ekar ke lokasi lain.


b)Menjamin kewujudan zon hijau (green belt) di kawasan bandar.

Keterangan:

Kewujudan zon hijau di kawasan Bandar telah diberi perhatian serius dan dilaksanakan di bawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Kempen Sejuta Pokok dengan menanam pokok yang bertujuan memelihara alam dan mewujudkan zon jihau di kawasan-kawasan Bandar.

c)Membangunkan tempat pelancongan baru secara terancang.

Keterangan:

Tempat pelancongan baru telah dibangunkan secara terancang seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Tree Top Walk Sg. Sedim, Pantai Merdeka, Terap Inn dan Regency Jerai Hills Resort.



d)Membuka peluang dan mempergiat penyertaan rakyat dalam kegiatan pelancongan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam kegiatan pelancongan khususnya dengan mewujudkan homestay di kawasan yang berpotensitinggi sebagai destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kedah.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Semua tuuuu atas kertas, cakap saja. Benda yang di sebut bayang pun tak nampak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates