Rabu, 7 September 2011

Letak Monyet Miang Jer Debat Dengan Mat Sabu

Baca dulu petikan bawah ni.


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Mohamad Sabu berhubung kontroversi Mat Indera.
Sebaliknya kata beliau, sebagai Timbalan Presiden PAS, Mohamad yang dikenali Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.
“Siapa Khairy? Ketua Pemuda saja, biarlah yang sama tahap berdebat… kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Beliau juga membidas media yang didakwanya tidak memberi peluang kepada Mat Sabu untuk membuktikan siapa Mat Indera.
Azizan mengulas kenyataan Khairy yang bertegas untuk berdebat dengan Mat Sabu sekalipun Dewan Pemuda PAS mencadangkan debat antara Khairy dan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.
Khairy dalam entri twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu kerana pemimpin PAS itu penyebab kontroversi sekarang.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau pernah menyarankan agar tokoh sejarah berbincang dengan Mat Sabu mengenai isu tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Mat Sabu pada satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menamakan Mohamad Indera atau Mat Indera serta anggota pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai wira sebenar.
- BERNAMA
Mai nak komen sikit.
Komen pertama..sesuailah dengan KJ yang tak ada kerja lain dah sebagai Ketua Pemuda UMNO Pusat iaitu ajak nak ber'tomoi' depan mikrofon. Dari mula bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO 3 tahun  dulu pun ajak berdebat saja. Nak tunjuk hero dengan debat saja. Jangan sampai 'last-last' dengan siput babi pun KJ ajak debat.
Komen kedua, Azizan dah salah buat kenyataan. KJ memang tak layak. Tan Sri Muhyiddin memang layak tapi bebanan tugas Muhyiddin berbanding Mat Sabu ibarat kilang yang tukar susu getah sampai menjadi satu barangan yang bergunba dan di pasarkan ke seluruh negara. Sedangkan Mat Sabu ibarat pokok getah tua yang keluar susu getah jer..Tupun susu getah yang gred Z. Nak keluar pun kena toreh dari pelbagai sudut. Yang layak berdebat dengan Mat Sabu adalah monyet di zoo negara jer.
Nak berdebat dengan Mat Sabu mana padan dan tahan. Bagi 24 jam bersyarah pun dia takkan berhenti bercakap. Nak layan lagi Timbalan Presiden PAS yang ingatannya sangat rendah ni. Buang masa jer...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates