Sabtu, 10 September 2011

Mat Sabu adalah Mat Indera?


Mat Indera medapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga 1937 adalah seorang bekas guru agama di Sekolah Agama Bandar Pontian, Johor. Beliau menyertai sayap Pemuda PKMM yang diharamkan.

Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Balai Bukit Kepong. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Pejuang gerila yg menentang penjajahan british dan ingin memerdekakan Tanah Melayu.

Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong. Tragedi Bukit Kepong dijadikan Inggeris sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Mat Indera juga merupakan PERUNDING semasa serangan Balai Polis Bukit Kepong berlaku dimana dialah yang berunding dengan pihak polis supaya menyerah kalah.

Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden Parti PAS yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan tanah melayu dari British. Tetapi Birtish pada masa itu hanya menjajah Melakam Singapura dan Pulau Pinang.

Kenapa Mat Sabu mengbangkitkan kisah Mat Indera?

Inilah adalah kerana Mat Sabu sekarang ini memainkan peranan yang sama seperti yang dilakukan Mat Indera. Jika Mat Indera adalah pemimpin gerila Johor dan Perunding pada serangan bukit Kepong, Mat Sabu pula adalah Timbalan Presiden PAS dan Perunding bagi pihak PR dalam menyerang dan berunding dengan Kerajaan Malaysia. Watak dan tugas yang agak sama.

Maka sebab itulah Mat Sabu menjunjung tinggi Mat Indera. KERANA Mat Sabu menganggap apa yang dilakukannya sekarang adalah seperti yang dilakukan Mat Indera.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR 8 Sept – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris tidak pelik dan tidak hairan dengan tindak tanduk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilihat mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Ini kerana menurut beliau Timbalan Presiden Pas yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu adalah pembawa fahaman syiah berpuluh tahun yang lalu dan perkara itu terbongkar kali ini dengan izin Allah s.w.t.
“Syiah itu adalah komunis (shuyuiyyun) yang mana menentang kerajaan Khulafa Al-Rasyidin. Justeru apa pun cerita dan skrip yang hendak dipusing dalam kontroversi itu, amat jelas beliau seolah-olah cuba mengangkat komunis yang telah membunuh pasukan keselamatan di Bukit Kepong sebagai hero ayng sebenar.
“Walaupu berselindung di sebalik Mat Indera, Mat Sabu sudah terperangkap dengan gaya mainan politiknya sendiri dan topeng yang dipakai di wajah beliau terserlah hari ini dan beliau tidak boleh melarikan diri lagi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas khususnya Mat Sabu yang dilihat cuba mengalih tumpuan sebenar terhadap kontroversi tragedi berdarah Bukit Kepong dengan menjadikan topik utama hari ini adalah kepada individu yang bernama Mat Indera.
Dalam pada itu beliau mencabar Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan segera teramsuk melucutkan jawatan serta keahlian Mat Sabu di dalam Pas.
Menurut beliau cabaran berkenaan adalah berasaskan kepada kenyataan Harun Taib sebelum ini yang menyebut setiap ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam termasuk apa yang diperjuangkan oleh komunis tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila.
Soal beliau apakah Harun Taib atau Hadi takut serta gusar untuk mengambil tindakan terhadap Mat Sabu yang jelas merupakan pembawa fahaman Syiah yang merupakan komunis kepada kerajaan Khulafa Al-Rasyidn.
“Saya cabar kepimpinan Pas dalam soal ini. Jangan hanya sekadar bercakap dan dengan niat untuk menutup apa yang berlaku. Katakanlah benar walaupun ianya pahit. Jadi saya berdoa dan berharap kepimpinan Pas khususnya Hadi dan Harun Taib diberikan petunjuk dalam soal berkenaan.
“Saya bercakap berdasarkan apa yang diutarakan oleh Dewan Ulama Pas sendiri dan saya nak tengok sejauh mana keberanian pucuk pimpinan Pas untuk memastikan Islam terpelihara daripada sebarang anasir komunis,”

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates