Selasa, 13 September 2011

MB Azizan panas punggung!

Kedah Times ada memaparkan kisah perebutan kuasa di Kedah disini. Ini diperbincangkan dengan lebih mendalam oleh Jelapanglanie berkaitan dengan rampasan kuasa yang sedang dan bakal dilakukan oleh exco-exco dibawah MB Azizan.

Tudiaa bakal MB Kedah!
Gelak besaq nampak!
Jika ini benar-benar berlaku, maka PAS Kedah sekarang berada dalam perpecahan yang amat serius. Ini ditambah lagi dengan kontorversi yang ditimbulkan oleh Timbalan PResiden Mat Sabu yang telah mencetuskan kemarahan tokoh-tokoh utama PAS Kedah serta juga penyokong-penyokong PAS yang dulunya bekas tentera dan polis.

Pergolakkan perebutan kuasa ini ditambah meriahkan lagi dengan kehadiran Mahfuz yang satu masa dulu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato kerana berbalah dalam pemberian kontrak pembinaan KUIN di Kuala Ketil.

Nampaknya angin sudah bertambah kencang, pokok sudah bergoyang kuat. Apa lagi yang bakal PAS lakukan untuk hindarkan perkara ini dari di ketahui ramai terutama penyokong totok PAS yang berada di pendalaman.


Sebelum ini, saya pernah mendedahkan mengenai perihal “orang nombor 2 Pas Kedah” yang dilaporkan berkata bahawa “antara sebab Azizan Razak mesti turun dari kerusi Menteri Besar Kedah adalah kerana sifatnya yang terlalu terbuka dan kasihan pada UMNO”.

Saya juga memberitahu sebelum ini bahawa gerakan “konspirasi” (saya pinjam perkataan ‘keramat’ Anwar) untuk menjatuhkan Azizan Razak sudah lama bermula, sejak sebelum beliau jatuh sakit lagi. Konspirasi ini khabarnya dipelopori oleh beberapa pemimpin Pas Kedah yang membentuk kumpulan untuk merampas kuasa MB ekoran “tak dapat projek”!

Kali ini, kisah “konspirasi” itu mendapat perhatian Malaysiakini, di sini. Dalam artikel tersebut, portal yang sememangnya dibiayai “tangan ghaib” Pakatan Haram ini jelas cuba menonjolkan ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi Nawawi, sebagai calon “terbaik” untuk menggantikan tempat Azizan sebegai MB Kedah.

Persoalannya, mengapa tiba-tiba portal tersebut memberi “highlight” terhadap isu ini? Mengapa portal tersebut secara tiba-tiba membodek Phahrolrazi yang merupakan “orang nombor 2 Pas Kedah itu”? Apakah Malaysiakini turut bersekongkol untuk menjatuhkan Azizan Razak yang sememangnya tidak digemari oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram, terutamanya Lim Kit Siang itu?

Nampaknya, Phahrolrazi semakin ganas! Dia seolah-olah sengaja memperhebatkan tekanan terhadap Azizan Razak melalui artikel yang disiarkan Malaysiakini di muka hadapan portal pembangkang tersebut. Sudah tentu tanpa berfikir panjang, kebanyakan juak-juak Pakatan Haram yang lain akan terpengaruh dengan artikel tersebut.

Menerusi artikel itu, siapakah yang akan beruntung? Tentunya Phahrolrazi! Dia disebut-sebut untuk dijadikan Menteri Besar! Di belakangnya pula ialah Ir Amiruddin (pemikat bini orang!) dan Taulan Rasul (lawyer yang tak pernah seterika baju!).

Mungkin Malaysiakini “tertinggal” satu lagi nama, iaitu Mahfuz Omar. Padahal, dia dipercayai merupakan “mastermind” dan “dalang” di sebalik konspirasi tersebut. Dikhabarkan, Mahfuz memang sudah lama “bengang” dengan Azizan Razak. Kemuncaknya ialah apabila Menteri Besar itu dikhabarkan tidak memberikan kontrak pembinaan kampus KUIN di Kuala Ketil kepada “proksi” Mahfuz! Apatah lagi dengan kemelut “Kedah Sato” yang menyaksikan Mahfuz meletak jawatannya di GLC Kedah itu!

Hakikatnya, Azizan Razak kini semakin tertekan. Dikhabarkan, dia sedang membina kumpulan untuk menyokongnya mengekalkan jawatan MB Kedah. Namun malangnya, tidak ramai yang mahu menyertai kumpulan tersebut. Kumpulan Azizan Razak dilihat lemah akibat kesihatan MB Kedah itu kurang stabil pada akhir-akhir ini.

Justeru itu, bersedialah Azizan. Sila pertahankan jawatan MB itu semahu-mahunya. Ini akan menentukan hidup mati karier politik beliau. Sekiranya Azizan Razak tewas, dia dilihat akan hilang taringnya dan amat payah untuknya untuk bangkit semula. Bertahanlah sebaik mungkin, itu pun kalau mampu. Dan ketahuilah bahawa musuh Azizan Razak yang sebenar dalam dunia politik adalah Pas Kedah sendiri, dan bukannya UMNO.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates