Rabu, 7 September 2011

Minta Borang Masuk Komunis Satu!

Oleh: Tok Pauh

Sejak Mat Sabu mengiktiraf perjuangan komunis dengan menyamakan Mat Indera (yang membunuh anggota Polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong) adalah setaraf Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong, ramai remaja yang menyokong PAS mencari-cari dimana mereka boleh dapatan borang untuk menjadi Anggota Komunis. Tak percaya, cuba baca komen-komen dalam akhbar Komunis, Malaysiakini.

Eloklah juga PAS menjalankan kempen masuk komunis kepada dewan muslimat  PAS dan srikandi PAS agar menyertai Komunis atau sekurang-kurangnya mula mempelopori fahaman dan doktrin komunis didalam parti itu.

Tidak perlulah kita menerangkan segala-gala tindak tanduk komunis yang berleluasa menyiksa dan membunuh penduduk tanah Melayu kerana mereka ini sudah tidak lagi dapat mempertimbangkan hujah yang memerlukan akal untuk difikirkan.

Apa yang perlu kita buat ialah meminta PAS yang telah menukar daripada perjuangan Negara Islam, kepada Perjuangan Negara Kebajikan, menukar sekali lagi perjuangan mereka kepada Negara Komunis. 

Tentu ini yang patut mereka buat memandangkan segala hujah mereka kini adalah berkenaan bertapa baik dan bagusnya perjuangan komunis. Takkanlah mereka tidak mahu mengikut perjuangan yang baik dengan mengistiharkan PAS sebagai Parti komunis atau sekurang-kurangnya mengamalkan ideologi komunis didalam PAS.

Dan perkara baik sebegini jangan ditangguh lagi, elok diadakan muktamar luarbiasa dalam masa terdekat untuk mengubah dasar PAS dengan segera, kepada dasar Marxis. Nik Aziz tentulah tiada halangan, asalkan membenci Umno, apa saja perjuangan adalah halal.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates