Isnin, 19 September 2011

Nak Tukar bendera ..

Ini satu lagi si mangkuk hayun yang kita semua orang Melayu Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang sayangkan negara ini perlu tolak dan lawan.

Mangkuk ini jika dapat memerintah Malaysia bercadang nak tukar bendera Malaysia yang sedia ada. 

Lambang bulan menandakan yang Islam itu adalah agama rasmi Malaysia. Sanggupkah kita biarkan mereka tukar itu sewenang-wenangnya jika dapat memerintah? Atau sanggupkah kita lepas kuasa yang berada ditangan kita orang Islam ke tangan puak-puak jahanam ini?

Tepuk dada tanya iman. Kalau orang Islam tidak sayangkan agama Islam sendiri, maka tak payah menetap di Malaysia ini. Pindah ke negara lain seperti Burma atau Haiti.

Bendera menjadi kebanggaan kita. Bendera melambang negara kita. Bendera menonjolkan perjuangan kita.

Apakah perasaan anda semua jika bendera ini ditukar sesuka hati saja?

Kedah Times menyeru, marilah kita semua orang ISlam dan rakyat Malaysia menolak mereka-mereka ini. Buang dalam tong sampah atau hambat mereka pergi di lingkaran kerak gunung berapi agar dapat mereka rasa gegaran gempa bumi atau gunung berapi.


Inilah sahabat baik PAS.

Biadab, kurang ajar hina Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Biadab dan kurang ajar.

Itu reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.


Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, penghinaan terhadap panji negara itu adalah cubaan pembangkang untuk menerap ideologi komunis moden terhadap generasi muda demi mencapai matlamat untuk memecah-belahkan bangsa Malaysia.



Justeru, beliau secara sinis 'mempersilakan' ADUN DAP itu untuk meninggalkan negara ini secara hormat dan memulangkan taraf kewarganegaraan yang dimiliki jika tidak bersetuju dengan setiap perkara yang menjadi lambang dan identiti negara Malaysia.


"Mereka (DAP) semakin kurang ajar dan mereka inilah pengkhianat negara yang sepatutnya tidak layak duduk di muka bumi Malaysia ini.


Tiada rasa cinta kepada Malaysia
"Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat mempunyai agenda tersusun untuk mencucuk minda masyarakat melalui penghinaan demi penghinaan secara halus," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.


Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee pula berkata, kenyataan terlampau Manoharan itu tidak boleh dipandang enteng kerana sanggup menjatuhkan maruah negara melalui penghinaan cukup besar terhadap Jalur Gemilang.


Justeru, DAP perlu segera membuat pendirian rasmi terhadap Manoharan dengan bertindak melucutkan jawatan beliau sekiranya parti itu benar-benar berjuang demi negara.


Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula menganggap Manoharan seolah-olah seorang pendatang asing yang baru tiba di Malaysia apabila 'terkejut' dengan rupa bentuk bendera yang dikatakan meniru bendera AS.


"Satu demi satu fakta sejarah mahu diubah dan dipertikaikan pembangkang. Jika kerajaan tidak menangani isu sebegini secara bijak, saya percaya tidak lama lagi ramai rakyat negara ini sakit jiwa dengan permainan politik mereka," katanya.


Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan Manoharan itu menunjukkan matlamat pembangkang adalah untuk membuang identiti kebangsaan negara serta membuka ruang untuk budaya asing menyelinap masuk.


"Sekiranya pembangkang memerintah satu hari nanti, tidak mustahil bagi mereka untuk membuang identiti kebangsaan negara ini yang telah dibina melalui keringat nenek moyang serta kepimpinan kita terdahulu."

4 comments:

aku berkata...

apa kejadahnya nak tukaq bendera..?

apa plak kena mengena dengan rakyat..?

berapa punyer banyak kos nak terlibat atas cadangan kafir harbi DAP ni..?

awat ni...depa da tak dak modal ka lagi nak 'haru birukan negara'..? sampai akhirnya depa nak kata 'depa nak kuasa walau dengan apa cara sekali pun...dan tentang rakyat tu...lantak pi la nak mampui ka apa ka....'(da mmg tu pun perjuangan depa n the gang)

gilerr biolll!

masalodeh berkata...

Tak pa biaq pi lah........jangan tukar agama dah lah....Islam bukan berjuang untuk mempertahankan bendera, PAS mewaklili Islam berjuang untuk merpertahankan Islam...kena fahamlah.....betullah apa ADUN ni cakap....

Nayan berkata...

masalodeh, nampak sangat hang baca dan malas berfikir. Cuba bayangkan yang logo bulan itu dibuang. Apa maksud sebenarnya? Bulan itu melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika logo itu dibuang, maka bakal ada perubahan dalam kedudukan Islam dalam perlembagaan. Bukankah itu juga ada impak ke atas agama Islam?

Tanpa Nama berkata...

in a way, rasanya bagus juga bila dah kluar kenyataan camni, barulah kita nampak batang hidup sebenar dan kaler sebenar hati dio ni... pasni, dah confirm takkan undi mangkuk hayun ni dan rakan-rakan sewaktu dengannya, selagi parti mangkuk ni ada, selagi tu PAS takkan dapat nak takeover Pakatan Rakyat, tengok je Mat Sabu tu, dah meroyan puja komunis... dan setuju sangat dengan Nayan, pemikiran cam masalodeh tu yang akan menjatuhkan maruah bangsa melayu di tanah sendiri....

"Pak, oh Pak... Depa nak ambik tanoh kito...."
"takpo, takpo, biorkan ajo, tak bawak ke kubur tu, waris-waris aku nanti bleh jadi kuli bata ngerjokan tanah tu... dapat gaji sesen duo, jadiklah..."

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates