Selasa, 20 September 2011

Pembangunan Insan Kerajaan PR Kedah

Dasar pembangunan insan yang dirangka adalah untuk melahirkan individu berakhlak mulia, berkebolehan serta produktif.

Dasar ini juga boleh mengawal punca-punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala-gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Tetapi nampaknya semua di atas telah dan sedang melanda negeri Kedah. Rumah urut dan pusat hiburan karaoke keluarga bertambah. Gejala-gejala negatif dibiarkan bebas dilakukan dalam masayrakat.

Kerajaan PR Kedah sebaliknya mendakawa pusat-pusat yang membawa kepada gejala negatif ini beroperasi secara haram. Jadi apa tindakan Kerajaan negeri untuk membenteras semua ini?

Yang kita tahu Kerajaan Kedah yang diterajui PAS tidak berani melakukan sesuatu ke atas-atas pusat-pusat ini kerana takutkan DAP yang HANYA ada SATU Kerusi di KEdah.


Rumah urut bertambah

Oleh RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my
SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Slm 1 Msia

Berbalik pasal Mat Sapu sebagai ayam sabungan PAS.

Sewaktu masih kanak2 saya pernah ikuti ceramah Mat Sabu di Air Hitam, Kedah. Masih ingat bagaimana Tan Sri Tamby Chik Ketua yang dituduk meliwat gadis pada masa itu.

Ceramahnya Mat Sabu memainkan api kebencian dan cacian dengan mengatakan Ketua Menteri Melaka ketika itu jika digantung gambar perempuan ditiang letrik, maka tiang tersebut akan dirogolnya.

Allah Maha Berkuasa tidak lama kemudian Mat Sabu ditangkat berkhalwat dengan Puan Normah yang sudah berkahwin diHotel Nombor 121 di Kelantan.

Mat Sabu diampunkan dosanya oleh N.Aziz

Ketika itu juga riuh pasal PAS nak laksana hudud dan kejadian yang sama oleh Mat Sabu tidak diambil tindakan hukuman hudud pada Mat sabu kerana N.Aziz memberi pengampunan.

Persoalannya apakah hudud Ala PAS akan terbatal keatas Ahli PAS dan ianya hanya keatas orang UMNO dan islam lain.

kalau mengikut Hudud Allah maka hukumannya Mat Sabu harus direjam hingga mati kerana takut virus membahaya dimana antibodi org yang telah berkahwin tidak dapat menewaskan virus tersebut.

Kini Mat Sabu mengangkat komunis sebagai hero dan pihak polis dikatakan pengkianat.

Mungkin Allah SWT melihatkan pertanda bahawa mat sabu kini seperti virus yang telah banyak memalukan islam dan mempermainkan hukum Allah maka justeru umat2 islam di Malaysia harus mengambil ikhtibar atas reretan kejadian ini.
Apapun ingatlah setiap perkara yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan buruk itu daripa hambaNya .

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates