Khamis, 8 September 2011

Pengkhianat Bangsa

Kedah Times ingatkan yang jika Anwar sudah hampir kepada penghujung hayat politiknya dengan hampir didapati bersalah melakukan kerja-kerja tak elok, negara Malaysia dan bangsa Melayu akan hidup dengan aman dan damai.  Rupa-rupanya tidak!

Kini lahir pula pengkhianat bangsa nombor dua yang sedang cuba mengubah sejarah perjuangan kemerdekaan dengan mengangkat komunis sebagai wira negara dalam perjuangan kemerdekaan. Walhal sejarah telah dicatatkan yang komunis merupakan pemusnah kepada perjuangan untuk pemerintahan sendiri oleh bangsa Malaysia.


Ideologi komunis adalah ikutan dari komunis Cina. Jadi simpulannya jika komunis memerintah Malaysia, samalah dengan Komunis Cina memerintah negara ini. Jadi merdeka kah Malaysia?

Apakah yang kita boleh gelarkan mereka-mereka yang mati berjuang menentang Komunis ini? Dan apa pulak yang gelaran yang bakal kita berikan kepada mereka yang berjuang menuntut kemerdekaan dari British? Jika Komunis sudah diangkat menjadi pejuang kemerdekaan ...

Ini kena tanya Mat Sabu dan PAS. 

Kedah Times sedih melihat pengikut PAS yang berpemimpinkan orang seperti Mat Sabu. Tapi inilah hakikatnya PAS, mereka lebih suka memilih pemimpin kaki pembohong dan fitnah mengetuai mereka. Apakan daya inilah perjuangan yang tidak direstui Allah SWT. 

Wahai pengikut-pengikut PAS, peringatan Allah sudah jelas, mereka yang tidak layak diangkat menjadi pemimpin kamu.... Adakah Mat Sabu layak?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam Aidilfitri

Berkatan komunis eloklah kita mengetahui Bentuk Ideologi:-

Bentuk dan dasar ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme, Leninisme dan fikiran Mao Tse Tung. Upacara bersumpah dilaksanakan iaitu semua pengikut fahaman atau ideologi ini perlu bersumpah setia kepada ideologi komunisme ini selama-lamanya dan kepercayaan tunggal bagi pengikut ideologi ini adalah kepercayaan kepada ideologi komunis. Penyebaran ideologi ini dilakukan atau dilaksanakan oleh pengikutnya secara berperingkat-peringkat dalam usaha mereka untuk memperluaskan lagi ideologi komunisme ini.

Antara ideologi komunisme ini adalah tidak mempercayai dan mengakui kewujudan Tuhan. Pengikut fahaman komunis, meskipun tidak percaya pada Tuhan, tetapi pada dasarnya dia bertuhan. Lantas, siapa tuhan orang komunis? Itu sangat tergantung pada apa atau siapa yang mendominasi kehidupan mereka. Tuhan mereka adalah ajarannya, pemimpinnya, atau dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, mereka percaya kepada syurga dan neraka. Mereka percaya bahawa apabila seseorang pengikut ideologi komunisme meninggal dunia, ia akan naik ke syurga iaitu bertemu dengan Marx ataupun jika tidak masuk syurga, akan masuk ke neraka.

Gejala pemujaan pula misalnya boleh dilihat dari pemandangan harian di lapangan Merah Moscow. Deretan panjang orang antre untuk menziarahi Muzium Lenin, dengan cara dan sikap mereka yang jelas bersifat“devot ional” (pemujaan) iaitu seakan meminta berkat daripada sang pemimpin yang jenazahnya terbaring di balik kaca tebal itu. Sememangnya, pemimpin-pemimpin besar komunis pernah “dituhankan” oleh pengikutnya: Stalin di Uni Soviet (kini, Rusia), Mao Ze Dong (Mao Tse Tung) di RRC, Kim I1 Sung di Korea Utara. Mereka memang tidak mengakui pemimpin-pemimpin itu sebagai “tuhan-tuhan” mereka, tetapi sikap dan cara mereka jelas menunjukkan”proses” penuhanan.
Fenomena orang bertuhan yang mengaku tidak bertuhan seperti pengikut
komunisme ini dapat kita lihat dalam AI Qur’an surat AI Jaatsiyah/45:23, “Maka
pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya”.
Oleh kerana itu di dalam Al Qur’an tidak dikenal istilah atheis, sekalipun dalam bahasa
Arabnya.

Apakah dahulu PAS adalah perjuangan islam tetapi semenjak Mat Sabu menjadi pemimpin kedua ianya diubah kepada Ideologi Komunis untuk memudahkan mereka bersahabat dgn DAP,PKR.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates