Isnin, 12 September 2011

Peristiwa Septebember 11, 2001 ada disebut dalam Alquran?


Ini satu mukjizat alQuran yang patut kita semua hayati dan percayai.

Didalam Juz ke 11 surah ke 9 iaitu surat At Taubah, ada ayat 110 yang berbunyi, "Keruntuhan bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis (perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!"

Terjemahan dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "The building which they built, will never cease to be misgivings in their hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces. ALLAH is All-Knowing, All-Wise"

Peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!

Dan huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat 110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!

Pembaca Sekelian, kita perlu percaya bahawa inilah mukjizat AlQuran yang terang-terang Allah menyebut peristiwa seperti 9/11 ini. PERCAYALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Dan ingat apa yang dilakukan PAS dan PKR (ANWAR) bersama DAP diberi amaran oleh Allah dalam ayat-ayatNya. Kita hanya perlu baca dan memahaminya.

Teruskan membaca disini

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

aduss... banyak sangat teorinya.. satu je nak tanya.. kalau Islam.. hari bulan tahun ikut qamariah.. atau ikut bulan Islam.. ini 11 sept 2001 tahun masehi nie.... ada sapa nak jawab teori nie... pada saya lah.. jom lah rujuk hadis pasal dunia akhir zaman... dan renungkanlah... satu lagi.. kiamat tu ada 2 .. kiamat kecil dan besar.. kiamat kecil tu kita mati lah.. kiamat besar ..yang betul2 kiamat... nie mana mari teori nie... dan teori puasa tahun depan .. 2012.. jumaat.. 15 ramadan... suara kuat bergema.. dan 2/3 penduduk dunia mati... adulaiii.. banyak sangat teorinyeee....
wallhualam..

zzz

Nayan berkata...

Yang penting adalah semua yang berlaku tu telah diingatkan oleh Allah SWT dalam AlQuran. Kita perlu ambil iktibar dan kejadian spt ini boleh dijawab jika ditanya oleh kafir.

Tanpa Nama berkata...

Assalaamu'alaikum. Minta maaf, tetapi kalau melihat terjemahan ayat 110 ini sahaja, banyak tafsiran boleh dibuat termasuk yang selari dengan peristiwa 9/11. Tetapi setiap ayat al-Qur'an perlu diteliti dari segi konteks. Maka benarkan saya sampaikan di sini terjemahan ayat 107 - 110 surah yang sama, untuk memperlihatkan konteks "bangunan" apa yang dimaksudkan:

107: Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang- orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Pada hal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

108: Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama- lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

109: Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang zalim.

110: (Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Daripada Tafsir ar-Rahman

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates