Khamis, 15 September 2011

Sebab-sebab Kedah tak Perlu berhutang dengan Pusat

1. Kedah tak perlu pembangunan mega.

2. Kemudahan infrastruktur asas di Kedah tak perlu penyelenggaraan.

3. Menjadi tugas kerajaan pusat menyalurkan dana untuk pembangunan dan projek kepada rakyat Kedah.

4. Duit tebang balak dan korek pasir sudah cukup untuk bayar gaji exco dan kakitangan Kerajaan

5. Jalanraya perbandaran dan negeri biar saja berlubang sehingga penjual tayar dan rim boleh kaut keuntungan.

6. MB dan Exco dok atas kerusi empuk dan goyang kaki, tak payah fikir dan buat apa. Makan gaji buta.

7. Biar rakyat mundur kerana mereka senang untuk dipengaruhi.

8. Gondolkan semua bukit untuk ladang rakyat. Jika banjir sudah tentu Kerajaan pusat akan bagi sumbangan.

9. Exco dan MB tak perlu perah otak nak cari duit untuk bangunkan negeri. Bila ditanya kenapa, Kedah bukan ada duit banyak. Yang ada pun hanya nak bayar gaji dan elaun kami saja.

10. Tak perlu perbanyakkan ekonomi skala mega, tapi hanya galakkan ekonomi pasar malam.

11. Jadikan kulit kerang sebagai matawang Kedah

12. Kedah bakal didiami oleh orang tua sahaja kerana orang muda berhijrah.

13. Sungai bakal dijadikan sumber perhubungan utama kerana semua jalan utama sudah berlubang dan tidak boleh dilalui kereta.

14. Sistem barter Trade akan dilaksanakan jika wang kulit kerang tidak dapat memenuhi keperluan rakyat.



Tidak perlu hutang Kerajaan Pusat 

ALOR SETAR - Status kewangan negeri semakin kukuh dan diuruskan secara berhemah menyebabkan Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk mentadbir negeri ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, segala perbelanjaan berjalan lancar kerana pihaknya telus dalam pentadbiran selain tidak berlaku salah guna kuasa oleh kepimpinan tertinggi kerajaan. 

“Saya bangga selama mentadbir Kedah, kita tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan atau uruskan pentadbiran. 

“Saya difahamkan, ada negeri terpaksa berhutang dengan Pusat hanya untuk membayar gaji pekerja. Ini menunjukkan pengurusan kewangan kita diurus dengan baik,” katanya. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya membuat beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan hasil untuk menjana sektor ekonomi, selain mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran. 

“Walaupun tiada sumber baru dan masih tertakluk pada sumber sedia ada, namun atas usaha penambahbaikan dalam hasil negeri seperti hutan, cukai tanah dan sumber galian, kita mampu tingkatkan pendapatan,” katanya. 

Azizan percaya berdasarkan prestasi cemerlang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sejak tiga tahun lalu, rakyat akan bertambah yakin terhadap kepimpinan sedia ada. 

“Tak semua kita bangunkan dengan menggunakan hasil negeri, namun saya bangga kerana dengan peruntukan negeri pun kita mampu tadbir. 

“Kita juga memperolehi dana Pusat dalam aspek pembangunan kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk salurkan peruntukan,” katanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

MB KEDAH SILA BACA PERENGGAN KE TIGA, TENTANG BANTUAN KERAJAAN PUSAT. DENGAQ CERITA, PAIP AIR PUN JKR YG GANTI, BUKAN DARI SADA PUN, TU PUN ADA HATI NAK NAIKKAN TARIF AIR

RM30.8j naik taraf sistem bekalan air

ALOR SETAR - Gangguan bekalan air di daerah Pendang akan kembali pulih sepenuhnya menjelang 2012 apabila kerja menaik taraf sistem bekalan air dan kerja penggantian peralatan loji dan pemasangan paip siap kelak.

Oleh itu, penduduk dinasihatkan supaya bersabar sekiranya berlaku gangguan bekalan air ketika kerja menaik taraf loji sedia ada dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Darul Aman (Sada), Datuk Adzmi Din berkata, untuk memastikan sistem bekalan air di Pendang, terutama kawasan DUN Sungai Tiang tidak lagi berdepan masalah gangguan bekalan air, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar meluluskan peruntukan RM30.8 juta bagi projek pembekalan air bersih ke kawasan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates