Isnin, 12 September 2011

Gempar! Skandal Surat Cinta YB UMNO Kedah


Di sana..Biarlah di sini berterus terang pada di sana..


Di sana tak mengapalah..Di sana di kawasan utara Kedah. Di kawasan utara sana di kira kawasan UMNO selamat. Di sana banyak tumpu kat sana. UMNO Negeri dok sana, buat bisnes di sana, rumah di sana, lapangan terbang dan pelbagai lagi ada di tempat di sana.

Di sana-di sana tu banyak yang menang jadi ADUN, jadi ahli Parlimen. 

Sebab tu lah di sana selalu buat program di kawasan-kawasan di sana saja.

Siapalah di sini?

Di sini duduk di kawasan Kedah Tengah dan Kedah Selatan. Mana ada calon dari UMNO yang bertanding di kawasan di sini menang. Yang ada pun yang dok jadi Kepala Bahagian takkan di sana tak tau..

Banyak kontrobersi dari berisi. 

Tapi di sini pun nak bagitaulah di sana juga. Di sini pun ahli UMNO. Ramai di sini-di sini sayang UMNO, ahli UMNO.

Tak apalah kalau Kepala Bahagian belah Kedah Tengah dan Kedah Selatan semuanya yang boleh dikira basi sebab dah kalah tapi di sini-di sini masih haraplah di sana di sana yang menang PRU12, yang dok pegang jawatan-jawatan hebat UMNO negeri dan Pusat jejak kaki di kawasan di sini.

Di sini dengar di sana-di sana semuanya hanya nak jaga kawasan yang menang? Janganlah di sana buat lagu tu. Di Kedah Tengah dan Selatan dulu bukankah waktu UMNO kuat, majoriti menang sampai berpuluh ribu? Takkan di sana tak tahu? Habis? Bila PRU12, Kedah terlungkup dok dalam telur PAS, terus di sana-di sana boikot kawasan-kawasan di sini.

Ramai yang berkata, Yb-yb yang menang DUN tapi Parlimennya menang pada PR banyak bersikap takut hilang telur dari hilang undi. Terbalik dengan PAS, sanggup tunjuk telor bila dirayu undi untuk undi UMNO.

Di sini bukan apa..Ruang yang di sana di sana tinggal dengan abaikan kawasan-kawasan yang kalah boleh buat di sini di sini merajuk habis dengan di sana. Di sana bukan tak tahu..Parti PAS semuanya pandai-pandai dalam menambat hati dan menawan hati di sini-di sini. Kalau di sana asyik dengan program di sana, parti PAS pula tak pernah rasa letih menawan hati di sini. 

Di sini dah tak larat nak elak kata di sini tak hingin dengan parti PAS tapi kalau di sana masih tak mahu tengok kawasan di sini, di sini takut ayat tak hingin terjelepuk atas muka UMNO.

Buatlah program-program yang bagi nampak wajah-wajah kacak dan segak di sana-di sana di kawasan di sini.

Ikhlas

Adinda Qasidah Anak Bongsu Tuan Sidek Segaraga....

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ayat surat cinta ni talaa kat sapa pulak yang disana nuuunn... jika ada sungguh cam tu, mapoih kita nooo?.

Tapi kawasan selatan dan tengah tuuu... meh pakat-pakat tarik minat depa yang lari dari kita. Kita semua tahu, dulu kita menang banyak pasai depa sokong kita. Allahyarham Wan Zainab menang banyak sangat waktu tu. Pasai apa?. La Dato' Jo Pakatan menang, tak macam Wan Zainab menang. Kita boleh usaha lagi, apatah lagi jika takbergaduh sesama sendiri.

Macam tu jugak di Merbok, Kulim Bandar Baru n Padang Serai. Jika ikut semua ahli UMNO bagi undi kita menang.

La kita nak buat cam manaaa...?

Mr Labu Labi berkata...

sana dan sini serupa sahajalah.Nasihat aku pada sana dan sini.Setiap bahagian ada ketua bahagian masing-masing.Tugas mereka buat program yang berkesan sikit.Pelbagai peruntukan turun seperti bulan puasa,sambut raya,kebajikan,mayang,MPWK,KEDA,KEMAS,SDO dean sebagainya.Masa nak jadi Ketua bahagian macam-macam janji nak buat itu dan ini.Bila jadi kenapa jadi lesu.Yang aku tengok perubahan bukan susana politk UMNO dan BN.Yang berubah ialah kereta besar,rumah makin besar dan hidup bergaya.Kemana pergi Pemuda ,Wanita dan PU3 UMNO.Mereka pun dikhabar berbagai peruntukan ada.Buatlah kerja.Bukan semua aktiviti perlu ada duit.Ada juga yang perlu tenaga dan sumbangan ikhlas.Aku harap jangan salah orang atas sahaja.Dibahagian sendiri buatlah kerja yang berjadual.Jadi ketua pun tak ada idea dan daya usaha.
Ada juga ketua bahagian yang buat umno macam syarikat sdn Bhd.Takut bayang ciptaan sendiri.Muafakat tak ada.Macamanan umno nak kuat.Ini pun jangan salahkan orang atasan.Diri sendiri yg tak layak jadi pemimpin.Terus terang akau katakan sebilangan besar ketua bahagian dikedah tak layak jadi calon dalam PRU 13 nanti.Ini lah penilaian orang ramai dimerata tempat.Rakyat sokong UMNO dan BN setelah PAS gagal tadbir Kedah dengan baik.Mereka cuma hebat temberang dalam ceramah sahaja dengan segala pembohongan.Itulah PAS di Kedah.Cuma rakyat nak tengok siapa bakal calon BN dan UMNO.Calon UMNO /BN kena bersih,berwibawa,imej terpuji serta ikhlas dan mesra rakyat.Rakyat bukan nak tengok kemewahan dalam gaya hidup mereka.Tonjol lah pemimpin yang sederhana dalam hidupnya.Kalau nak kejar kekayaan ceburilah dalam bidang lain.Bidang lain pun boleh bantu UMNO juga.Sayangilah umno dan BN.Selamatkan Kedah dari jatuh pada PAS yang ibarat kera dapat bunga.

-krisjawa lok3_ berkata...

aku tak tahu hal disana tu...apakah macam disini juga....sedih bila kuda-kuda tua yang masih menumpang duit elaun dan jawatan tertentu....masih ada keinginan nak masuk berlumba dalam pru akan datang....dah tua dan tempang..dah kena reject dengan rakyat...lupakan nawaitu nak jadi calon lagi....jangan jadi parasit yang membunuh perumahnya sebab diri sendiri yang binasa...

ANAK BUKIT HIJAU berkata...

Salam.

Mintak tabik tok, anak cucu nak tumpang lalu.

Apa yang "digurindamkan" memang ada kebenarannya.
Aku setuju.

Aku mohon apalah kiranya kesemua 14 YB yang ada, kebanyakannya di bahagian utara tu, jenguk-jenguklah juga sekali sekala di selatan ini.

Janganlah pula YB-YB terus "menghukum" kami disini kerana kalah teruk pada 2008 - 6-0.

Kami di selatan ini mengaku kesilapan yang berlaku, tapi percayalah kami dah "berubah".

Sebab itu kami mohon agar YB-YB yang ada turun-turunlah ziarah kami. Kami rindukan "sentuhan" dan suntikan semangat agar perubahan yang sedang berlaku ini dapat mencapai harapan yang kita sama-sama perlukan.

Tak perlulah nak bawa buah tangan. Kami hanya perlukan senyuman dan salaman yang ikhlas untuk terus meyakinkan bahawa kami masih diperlukan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates