Selasa, 13 September 2011

Tun M Cancellor Pertama University Perdana


TAHNIAH TUN DR MAHATHIR DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI CANCELLOR PERTAMA UNIVERSITI PERDANA.

Tun memang layak menduduki kerusi tersebut. Dan Kedah Times mengalu-alukan tindakan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib dengan memilih Tun Dr Mahathir sebagai Cancellor sebuah Universiti baru hasil gabungan Sekolan Graduan Perubatan Perdana dan Royal College of Surgeons in Ireland.

Beliau diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan juga Ireland.

Kedah Times jugak berharap agar pihak pembangkang terutama Anwar dan Anwarinas mengaku bahawa Tun Dr Mahathir memang hebat dan layak menerima jawatan tersebut. Bukan asyik menuduh Tun Dr Mahathir sebagai konspirator ke atas apa jua petaka yang jatuh di atas kepala Anwar.

Bagi puak PAS juga, mereka perlukan tunjukkan sokongan dan kekaguman anda semua terhadap Tun Dr Mahathir. Jangan jadi hipokrit. Dalam hati memang sayang sangat kepada Tun Dr Mahathir tetapi dek sebabkan sayang Anwar, Nik Aziz dan Mat Sabu, anda terpaksa berlakon membenci.

Allah telah tunjukkan KekuasaanNya, kenapa anda semua masih tidak boleh menerimanya!

Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis pelancaran Universiti Perdana di Serdang,
semalam. Perdana Menteri turut menyaksikan majlis penyerahan watikah
 pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad
sebagai Canselor pertama universiti berkenaan. – BERNAMA
SERDANG 12 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Universiti Perdana dan mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI), kata Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu. 

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

“Saya berharap bahawa dalam usahanya mencapai tahap bertaraf dunia itu, universiti ini akan berusaha menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan,” katanya.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.

Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons di Ireland.

Najib berkata, universiti baru itu, yang disifatkannya sebagai hasil satu kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia.

“Secara peribadi, saya amat teruja dan begitu yakin ianya akan memberikan hasil yang amat besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Universiti Perdana akan menjadi institusi yang menakjubkan, dengan mempunyai dua sekolah perubatan, dan merupakan hospital latihan swasta pertama di Malaysia.

Ia mempunyai 600 katil pelbagai fungsi khas dan sebuah Pusat Penyelidikan Sains Kehidupan bagi meletakkan Malaysia ke hadapan dalam penyelidikan klinikal, katanya.

Najib berkata, Hospital Latihan Universiti Perdana dicadangkan dibuka pada 2013 bagi menempatkan penuntutnya yang memasuki tahun-tahun klinikal mereka, dan ia akan dikendalikan oleh Johns Hopkins Medicine International.

“Dengan menawarkan kemudahan terkini bagi tujuan diagnostik dan rawatan, ia akan menjadi antara institusi utama dalam memacu Malaysia ke arah pelancongan kesihatan, sebagai satu model perubatan persendirian dalam era abad ke-21 dan satu simbol antarabangsa bagi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan,” kata Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Perdana, Tan Sri Dr. Mohan Swami berkata, separuh daripada penuntut universiti itu adalah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. – BERNAMA

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sayang pada Tun M.Ok memang wajar dan tepat sekali.Tapi nasib anaknya Muhriz di Kedah ada pula yg takut dia jadi MB Kedah kalau BN menang.Dah ada dua tiga tokoh yg bimbang kalau rezeki anaknya jadi MB Kedah.memang layak pun jadi MB Kedah.
Satu lagi tokoh yang wajar jadi MB Kedah ialah Dato Jamil Khir.Tokoh agama,tokoh politik yg kian matang dan tokoh bekas pegawai tentera.
Kedua mereka mempunyai latarbelakang akedemik yang cukup baik.Imej mereka juga bersih dari kaki betina atau kaki judi.
UMNO Kedah perlu mempunyai pemimin yang begitu rupa yang ada vision dan kemampuan pacu negeri Kedah nanti.
Takyat Kedah mahu lihat bakal pemimpin UMNO Kedah yang terpelajar dan didikan yang tinggi serta aklhlak mulia.

Disinilah Tun M bermula dulu di Kedah pada zaman dulu sampai kini.Kedah perlu letakkan pemimpin berkarisma untuk ganti Tun M walaupn bukan anaknya sendiri.

Kedah perlu angkat semula pemimpin yang bersih adan akhlak baik dan mulia.Bukan tokoh rasuah politik dan politik wang.

Pastikan rakyat tidak tolak umno/BN kerana tonjolkan tokoh yang kotor serta daki tebal.

Tun M adalah pemimpin teralkhir selepas Tunku dari Kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates