Isnin, 12 September 2011

UMNO KEDAH LUPA DR MAHATHIR?


Oleh Abu Nawas

Jikalau diukur dari segi kehadiran, memanglah Majlis Penerangan Perdana (MPP) yang dianjurkan Biro Publisiti dan Penerangan di Jitra beberapa hari lepas boleh dianggap berjaya, kerana hadirin sampai memenuhi dewan. Kenderaan bersusun-susun, sehingga ada pak cik-mak cik terpaksa berjalan sampai sebatu dari kenderaan yang dinaiki.

Tetapi apakah ukuran kejayaan berdasarkan kuantiti hadirin semata-mata tanpa mengira kualiti hadirin. Sepatutnya program itu ekslusif untuk orang UMNO sahaja, biarpun yang hadir cuma 500 orang kerana mereka inilah yang hendak berjalan dikampung bagi penerangan.

Selain orang UMNO, orang yang hadir pada  MPP itu ada diantaranya pegawai kerajaan, pelajar universiti, mak cik-pak cik (yang tidak menampakkan mereka itu adalah orang penerangan UMNO) dan NGO. 

Beberapa orang pegawai kerajaan, ada diantaranya siap dengan memakai kot, keluh kesah kerana telah diberi fahaman yang salah kononnya program itu program kerajaan tetapi sebaliknya program UMNO. Jadi mereka pun balik selepas habis sahaja perasmian kerana merasakan ditipu apabila mendapati dua ceramah yang disampaikan lebih kepada kepentingan parti. 

Aturcara ceramah seolah-olah macam main tangkap muat sahaja, asalkan ada ceramah tanpa mengkaji apakah kepentingan ceramah itu. Ceramah daripada polis adalah setakat sesi ulangan ceramah yang puluhan kali sudah disampaikan. Masa himpunan ketua kampung persekutuan di Sintok hari itu juga ceramah yang sama. Apa relevan ceramah macam itu kepada mak cik-pak cik dan jentera penerangan.

Ceramah SPR lagilah tidak sesuai dengan majlis itu. Ceramah SPR sepatutnya khusus kepada kelompok tertentu sahaja seperti mereka yang terlibat dengan urusan SPR sahaja. 

Kenapakah UMNO Kedah tidak menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi ceramah tentang nasib melayu sekiranya DAP, PAS, PKR perintah. Adakah ceramah Dr Mahathir sudah tidak menarik, ataupun UMNO Kedah sudah merasakan Dr Mahathir tidak perlu tenaga Dr Mahthir.

Kenapa sesi ceramah tidak diisi dengan mereka yang boleh bangkitkan semangat dan beri pendedahan isu yang berlaku sekarang ini. Hadirin menantikan kupasan isu seperti lembiknya cara kerja PAS di Kedah, isu mat Sabu, isu Anwar Ibrahim, isu nak perjatuhkan Azizan dan macam-macam lagi. 

Tapi sayangnya sesi ceramah masih bercerita benda yang sama yang orang boleh dapat baca dalam akhbar. 

Janganlah kesilapan yang sama diulang pada konvensyen BN pula pada minggu depan.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....

Saya rasa Umno Kedah perlu mengukuhkan dulu perpaduan sesama sendiri sebelum PRU 13. Sebagai contoh di bahagian saya di Pokok Sena teleh terdapat beberapa puak yang dok melobi untuk menjadi calon dan berbalah sesama sendiri. Ketua Pemuda dengan cara tersendiri, Ketua Bahagian kondem Ketua Pemuda, Setiausaha Pemuda cara tersendiri, masing nak buat program demi kepentingan sendiri bukan untuk kekuatan parti.

Khairul Kg. Pelanduk Jatoh

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata UMNO Kedah lupa ayahenda Tun Dr Mahathir?. Abu Nawas jangan dfok melawak lah. Kita faham Abu Nawas sayangkan Tun, tapi YB Dato' Mukhriz Timb Pengerusi UMNO Kedah lagi sayang, sebab dia anak Tun.

Lain kali jika nak bercakap pandang-pandang sikiiiiittt....nanti berteloq di dahi koooot..

Tanpa Nama berkata...

piiiiiii rah telok di dahi konon.Yang Mat Sabu kat hangpa lebih kurang awat dahi dia tak bertelok pun.UMNO lah tak ada telok.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates