Rabu, 26 Oktober 2011

Apakah Hukum PAS bersama DAP?

Kenapa penyokong-penyokong PAS begitu membenci UMNO sehinggakan semua perkara buruk yang terjadi dan berlaku di bumi Malaysia ini adalah angkara UMNO? Kenapa PAS tidak disalahkan apabila negeri Selangor yang exco agamanya adalah dari PAS kerja-kerja memurtadkan umat Islam berlaku?

Kenapa PAS tidak disalahkan apabila berlaku kejadian-kejadian merosakkan Islam seperti tuduhan ADUN berzina, merampas tanah rakyat dan sebagainya di Kelantan?

Kenapa PAS juga tidak disalahkan apabila enakmen Hiburan 1997 Kedah hendak dikuatkuasakan tetapi senyap sunyi apabila disergah oleh DAP? Sebaliknya UMNO dipersalahkan pula kerana tidak menguatkuasakannya dulu?

Inilah perangai PAS yang amat berlawanan sekali dengan kehendak Islam. Mereka lebih menjadi tukang basuh pungkur DAP dan Anwar.

Agama rasmi Malaysia dan Melayu dan pribumi lain sebagai bumiputera dan telah dipersetujui serta di masukkan dalam perlembagaan Persekutuan tetapi DAP menentang habus-habisan semua ini. Mereka adalah HARBI. Tetapi kenapa PAS bersama mereka? Wajib kita menentang HARBI.

Mari kita renungkan dan fikirkan kata-kata Tuan Guru ini .... Masih perlukah kita berketuakan mereka-mereka dari PAS yang masih tunduk kepada puak-puak anti Islam? 

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pasai depa kata UMNO tu kapiq dan DAP tu Islam

Tanpa Nama berkata...

PAS memang dah lama sesat dengan DAP ok la.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran. Syurga neraka yang hanya Allah tahu siapa ahlinya pun depa berani atuq. Macam kata Ustaz Kamal. Depa dok jaja kat penyokong depa di kampung-kampung. Pangkah PAS masuk syurga. Tapi macamana dengan orang Cina dan India (bukan Islam) yang pangkah PAS. Syurga mana depa nak masuk? Sedih sungguhlah dengan segala yang sedang berlaku.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates