Khamis, 6 Oktober 2011

Bagaimana Kedah jatuh kembali ke tangan BN?

Ini Kedah Times petik dari wall Raja Simurak. Mohon laluan untuk disiarkan disini.


"Menara Alor Star ni agak-agak kalau terbalik, kena kita dak?", soal Haji Kob kepada kawan-kawan semejanya.

 

"Ni kalau aku luku kepala hang, hang nak marah kat aku!", Che Din mencelah.

"Awat plak?", terbeliak biji mata Haji Kob.
  
"Dak la, menara ni kalau terbalik, aku tak bimbang pasal kita, yang aku bimbang pasal Ustaz Azizan", sambil Che Din sedut Teh O Ais guna straw warna merah putih.

Semua mata yang ada di meja tu memandang Che Din.

Semua orang tahu yang Che Din ni suka berkawan dengan orang-orang politik. Setiap kali duduk bersembang dengan Che Din, mesti ada isu yang timbul pasal keadaan di Kedah. Che Din hirup Teh O Ais senafas. Macam malaikat nak tarik nyawa dalam masa terdekat.


"Ada kisah ka Din?", tanya Mail yang bertentang badan dengan Che Din.


Che Din buat endah tak endah dengan soalan Mail tadi. Dia cukup faham yang kawan-kawannya cuba korek rahsia yang ada dekat dia. Pasal Ustaz Azizan kena serangan jantung dulu pun, bermerah muka dok bertahan bagitau benda tu mainan politik sebelah BN. Siap dengan fakta-fakta serta gambar peribadi kononnya masa kejadian, dia bersama Ustaz Azizan.

"Tak payah la hang nak sembunyi Din, semua pakat tau apa yang dah jadi la ni", Wahab serkap jarang Che Din

Terbeliak mata Che Din macam nampak kain janda sebelah rumah terselak.


"Pasal SADA kan?", tambah Wahab lagi sambil mengharap tekaan dia kena.


SADA adalah singkatan bagi nama Syarikat Air Darul Aman. Syarikat air ni telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010 semasa dibawah pemerintahan Ustaz Azizan. Kerajaan Negeri melantik Datuk Adzmi Din sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pelbagai isu telah timbul semenjak Jabatan Bekalan Air Kedah dikorporatkan. Antaranya, kenaikan tarif air 1.6% pada 1 Oktober 2010. Kenaikan ini memberi kesan yang mendalam bagi individu yang berkhidmat di bawah Syarikat Air Darul Aman ini.

"Panggg!" meja ditepuk dengan kuat.

"Aku tak sangka dengan apa yang terjadi. Harapkan pagar, pagar makan padi", agak kuat suara Che Din. Mail tunduk mencari kasut seliparnya bawah meja. Takut-takut Che Din jadi gila.

"Aku ingatkan dia ni orang yang boleh caya, rupanya dia ni liberty kepada kita", punya laju Che Din sebut. Che Din nak sebut liabiliti sebenarnya. Wahab dari tadi dok tengok muka Che Din yang merah menyala tu.

"Syak aku menjadi kenyataan  sejak Mat Arop kena tamat perkhidmatan dia", sambung Che Din.

Kebanyakkan orang di SADA mengetahui siapa itu Mat Arop. Mat Arop bukan kaki bodek. Penggerak utama Jabatan Bekalan Air sebelum dikorporatkan. Mat Arop adalah penyelesaian kepada sebarang masalah air di Kedah. Permasalahan bekalan air di Baling, di Kuala Nerang mahupun serata negeri Kedah diselesaikannya. 

"Bebudak Mat Arop semua kena tukar bahagian, suruh susun surat. Juruteknik kena surun surat?", waktu ni Mail dah ubah kedudukan kerusi dia bersebelahan Wahab. 

"Aku nak bagitau hampa satu benda ni, dan hampa jangan bagitau sapa-sapa buat masa la ni", Mail yang tadi sebelah Wahab tetiba berubah tempat duduk sebelah Haji Kob.

"Krisis air yang teruk akan berlaku di Kedah sebelum pilihanraya ni!"

"Cuih, aku ingatkan hang nak bagitau pasal rahsia salahlaku Ustan Azizan apa ka", Wahab rasa macam tertipu.

Wahab ni AJK UMNO kawasan Tengah Kedah. Kalau ada peluang nak hentam Ustaz Azizan MB ni, Wahab nombor wahid!

"Macam la Kedah selama ni bawah JBA ka, SADA ka, krisis air tak pernah jadi", Wahab perangat. Waktu ni, Mail waktu ni dok mencebik mulut sebab Wahab potong jalan cerita Che Din.

"Hang pun satu Wahab, kalau ya pun, bagi la si Din ni cerita bagi habih dulu. Ni tak dan-dan nak menyampuk cakap kawan ni", Haji Kob bersuara.

"Hang caya dak kalau aku habaq hang yang ada arahan supaya buat bagi jadi krisis air di Kedah?", Che Din naik angin. 

"Nak bagi kerajaan negeri hura-hara dengan krisis ni", tambah Che Din lagi.

Kening Wahab mula terangkat pelan-pelan. Tanda dia faham apa nak disampaikan oleh Che Din. Haji Kob mengangguk macam orang sakit Parkinson.

"Tanya la orang tu, sebab apa dia pie jumpa PM kita dekat Sungai Petani aritu. Kononnya kalau dia dapat ambik balik Kedah dari PAS, dia naik jadi MB", Che Din dah naik syeikh.

"Abis tu, kami punya orang nombor satu macam mana?", Wahab bersuara.

"Itu la, semua orang tak tau kisah ni. Ni yang aku dok pongoih sorang-sorang ni. MB Kedah tak boleh ditegur langsung. Orang bagitau si-anu dan si-polan tu bahaya, dia tak caya. Dia kira dia ja yang betoi", Che Din dok jeling Haji Kob menguap tak tutup mulut.

Kebanyakkan warga Kedah mengetahui pe'el Ustaz Azizan. Dalam masa yang sama, tidak ada sorang pun yang menghidu perancangan yang dibuat oleh pihak berkepentingan bagi menjatuhkan kerajaan negeri. Ustaz Azizan kini ditikam kiri kanan.

"Tu aku dok kata ni, aku lagi risau Ustaz Azizan terbalik dari Menara Alor Star terbalik", Che Din tak berhenti-henti dari tadi.

"Cuba hang cerita apa perancangan yang SADA buat sampai boleh menjatuhkan kerajaan negeri? Dia buat macam mana?", tanya Haji Kob serius.

"Macam ni perancangan dia.. mula-mula..."

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates