Rabu, 12 Oktober 2011

Bila PAS Menabung-Amanahkan RM100 Juta

1.Apabila mengambil-alih pemerintahan kerajaan negeri Kedah, PAS mengumumkan polisi perbelanjaan berhemat, ketelusan dan pentadbiran berlandaskan ibadah.

2.Tender pengeluaran balak katanya dibuat secara terbuka, menjadikan hasil kepada kerajaan negeri bertambah berkali ganda.

3.Setahun kemudian, PAS mengumumkan bahawa GLC-GLC Di Kedah semakin menguntungkan, dan menyumbangkan puluhan jutaan ringgit kepada kerajaan negeri.

4.Kerajaan negeri Kedah mendapat begitu banyak wang hasil daripada ketelusan yang diamalkan oleh kerajaan baru dibawah PAS.  Malah kerajaan negeri mengumumkan bahawa mereka tidak mahu berhutang dengan kerajaan pusat dalam mentadbir negeri.

5.Apabila dibentangkan didalam dewan,  didapati Kerajaan Kedah terkurang belanja hampir RM100 juta dalam peruntukan membina dan menyelenggara jalanraya di negeri itu. Exco kerajaan negeri mendakwa hanya membelanjakan hanya RM50 juta, selebihnya dimasukkan dalam tabung amanah.

6.Dengan pertambahan pendapatan dari GLC, hasil balak serta puluhan lagi sumber dari pentadbiran telus dan berteraskan ibadah oleh PAS, dan wang dalam akaun negeri yang banyak seperti digambarkan, tidak salahlah Menteri Besar hendak beli Mercedes yang ekstra panjang dan puluhan buah Camry untuk Exco , serta lawatan keluar Negara bertali arus dengan pakej mewah.

7.Samada mengejutkan atau tidak, beberapa hari lepas, Exco Kerajaan Negeri mengaku peruntukan untuk jalanraya yang bernilai hampir RM100 juta yang “diTabung Amanahkan” itu sebenarnya telah dibelanjakan untuk pentadbiran dan membayar gaji kakitangan kerajaan. Barulah kita faham, tabung amanah tu maksudnya poket pentadbir negeri.

8.Setakat hari ini terbukti, ada  satu penipuan kepada rakyat yang dibuat PAS, tapi ianya bernilai RM100 juta. Ada berapa banyak lagikah jerangkong didalam almari yang hanya baru berusia tiga tahun itu?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan salam 1 Malaysia

Disini ingin dicoret bertapa kelemahan ketara diBawah Negeri yang belagak alim melaksanakan pentadbiran secara islam kononya. Hakikatnya ianya melaksanakan mengikut berlawanan dengan kehendak islam baik Kedah, Kelantan, Selongor dan Penang.

Sebagai contohnya kita Lihat Negeri Melaka di Bawah Ketua Menteri YAB Ali Rustam. Walaupun beliau bukannya ustaz dan ulamak tetapi perlaksanaan menjuruskan kehendak islam sebagai pemerintah antara:-

1. Masuk saja ke Negeri Melaka kita dihidang dengan landskap yang sangat indah susunatur dan kebersihannya amat terpelihara dan terjaga.

2. Tarikan masjid Selat Melaka (Masjid terapung) menjadi satu daya tarikan pelancong samada dalam negeri atau luar negara. Ianya tersergam indah bahkan mengujakan dan menujukkan hebatnya Islam itu.

3. Dari segi kebersihanya terserlah dan ianya merupakan satu ibadah.

4. Pelancong dan penduduk dinasihatkan menjauhi tabiat dan amalan merokok di Bandar Hilir dan jika melanggar peraturan ianya akan diambil tindakan. Ianya merupakan satu ibadah dan menghindarkan penyakit berbahaya.

5. Sungai digunakan sebagai punca rezeki dan daya tarikan pelancung yang menjana jutaan ringgit sehari malah mencatikkan sungai dan kebersihannya terjaga bahkan menjadikan penduduknya berhemah serta berdisiplin dalam menjaga kebersihan.

6. Punca pendapatan dari pemilik beca yang menjana pendapatan RM 1000.00 - RM 2000.00 mengikut apa yang penarik beca beri maklumat.

7. Menara Taming Sari mercu keangunagan juga menyumbangkan jutaan ringgit sehari.

8. Kenderaan Darat/Laut yang berjaya menarik pelanggan dan pelancung juga menyumbang jutaan ringgit sehari.

9. Replika Kapal Portugis sebagai sejarah membawa jutaan ringgit sehari.

10. Ini tidak lagi sumber pendapatan perniagaan makanan, perhotelan, perniagaan IKS dan Sebagai.

11. Menyusuri sungai Melaka dgn bot sahaja sudah berjaya memberi pulangan jutaan ringgit dan peluang pekerjaan pada penduduk.

Ini hanya satu coretan sahaja dan tidak termasuk lain2 sumber pendapatan. Ini menunjukkan untuk melaksanakan pemerintahan haruslah seorang yang berilmu bukan sahaja ilmu agama bahkan ilmu pemerintahan. Kita lihat pemerintahan cekap sentiasa membawa negerinya sentiasa dalam keadaan kebersihan, keceriaan bila beribadah, keamanan, mengurangkan penyakit terhadap rakyat, menjadikan rakyat bertemadun dan tidak disempit dengan fahaman kuno.

Sebenarnya islam itu luas dan semua yang dilaksanakan oleh Kerajaan Melaka adalah tuntutan agama islam. Islam mahukan kehebatan dan kemegahan untuk menunjukkan kepada pihak bukan islam bahawa islam itu hebat dan bukannya menakutkan rakyat dan pelancong dengan hukum Allah.

Islam mahu umatnya diberikan pendidikan dan ilmiah bahawa islam itu hebat dan secara tak langsung akan menyedarkan umatnya bertapa pentingnya memetuhi arahan dan undang2 islam tanpa perlu paksaan dan ianya akan hadir dengan sendirinya.

Kita lihat Kedah kaya dengan sumbur alam dan khazanah tetapi pemerintahan amat lemah dan cetek ilmu pentadbiran dan terlalu menakutkan rakyat dengan fahaman islam hingga rakyat menjadi jumud dan xberdaya saing bahkan suasana yang kotor serta tak terurus.

Amat malang semuanya dilakukan atas cogankata islam tetapi perlaksanaan mengikut berlawanan islam. Banyak salahguna terutama masjid dan surau2 dijadikan gelanggan untuk menghasut rakyat, menjatuhkan sesama islam dan menjadikan kafir sebagai kawan rakan.

Selagi hati dan pemikiran pemimpin jumud dan mempunyai perasaan hasad dengki dan sifat duniawi dan pusat penyebaran dakwah islam seperti masjid, surau tidak dibersihkan ianya menghalang kemajuan dan pembangunan negeri dari menjadi sebuah negeri maju dan akhirnya islam ketinggalan dan kekotoran dan pemikiran jumud yang dimonopoli rakyatnya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates