Khamis, 20 Oktober 2011

CONFIRM..BN MENANG BESAR PRU KE-13!!!!

Oleh: WATAN BERTINTA

1. Jika diikut dari segi jasa, pembangunan segala yang BN dah lakukan semenjak Merdeka, maka BN sepatutnya menang tanpa bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen.

2. Jika ditimbang secara kilo mahupun kati, akan nikmat pembangunan, bantuan, dasar-dasar yang bermanfaat kepada rakyat yang telah BN gerakkan semenjak 1957, maka BN tidak perlu lagi bersusah payah, mencanang ke sana sini untuk mendapat undi rakyat.

3. Jika dibilang dan dihitung maka tidak ternukil angka dan nombor, akan berapa banyak sumbangan BN baik dari segi wang, material, sokongan moral untuk membolehkan anak bangsa ini mendapat pendidikan terbaik. Maka dari sudut itu semua ibu bapa sudah sepatutnya memilih BN dalam setiap kali PRU diadakan.

4. Jika dijumlahkan subsidi, bantuan pertanian, agihan untuk rakyat miskin, luar bandar, guru agama, masjid, surau, imam, kadi, pegawai agama, sudah sewajarnya golongan 'agama ini' akan menyokong BN dulu kini dan selamanya.

5. Jika diteliti, tidak ternilai imbuhan, dasar berlembut BN terhadap kakitangan kerajaan, dan sepatutnya 1.2 juta kakitangan awam termasuk polis, guru dan tentera akan berdiri teguh menyokong dan mengundi BN.

6. Jika boleh dihimpunkan jumlah wang, ringgit dan sen yang diusahakan oleh BN untuk membina universiti, memberi biasiswa kepada para penuntut, membayar gaji profesor dan pensyarah sudah sepatutnya BN akan selesa menerima sokongan padu dari golongan di menara gading.

7. Namun, politik zaman sekarang bukan lagi politik hati budi. Buatlah apa sahaja, seribu atau sejuta kebaikan sekalipun, yang pasti ada sahaja HANTU SPESIS KAK LIMAH yang akan berjaya memutar alam.

8. Membuatkan spesis tidak mengenang budi mudah terpengaruh dengan kata nista, janji bulan bintang dan gaya putar alam, sehingga KEBAIKAN akan ditukar lalu dikatakan KEZALIMAN, dan pembohongan siPUTAR ALAM ini akan berjaya ditampilkan sebagai KEBENARAN.

9. Benarlah,sebenarnya BN tidak perlu berkempen teruk-teruk dalam setiap kali PRU, BN CONFIRM boleh menang besar. Akan tetapi Dengan syarat, pengundi boleh menggunakan akal lojik bukan berfikir menggunakan kepala lutut. BN juga boleh menang dengan syarat golongan PUTAR ALAM tidak dibenarkan bebas BERMAHARAJALELA menabur racun ke segenap pelusuk kota dan desa.

2 comments:

Otak Geliga berkata...

mana BN nak menang tanpa terhegeh2 meminta simpati pengundi kalau dah PEMUTAR ALAM ni bermaharajalela MEMUTAR AGAMA ISLAM utk undi......org kita yg pantang dgr pasai agama Islam terus tunduk patuh tanpa berpk ntah betul ke tidak Islam yg di lolongkan tu.....hehehehe

sstg pemimpin BN pulak perangai mcm haramjadah...buat Malaysia mcm keturunan dia yg punya....cengkenit2 ni la yg merosakkan nama BN slps sdp menghisap darah rakyat.

Tanpa Nama berkata...

SEBAB TULAH RASULULLAH DAH SEBUT RIBUAN TAHUN DAHULU BAHAWA DI AKHIR ZAMAN INI MANUSIA-MANUSIA YANG BERBUAT BAIK DIKATA JAHAT MANAKALA MANUSIA YANG BERBUAT JAHAT DIKATA PULAK BAIK. KAN SEGALANYA SEDANG BERLAKU DEPAN MATA KITA. APA YANG KERAJAAN BN TAK BUAT UNTUK RAKYAT MELAYU DAN BANGSA LAIN DI MALAYSIA. SEGALANYA DIBERI. TETAPI KENAPA MASIH ADA MANUSIA TAK KENANG BUDI. MALAH LEBIH DASYAT ADA PULAK KUMPULAN BERTOPENGKAN AGAMA YANG MENGAJAR PULAK MANUSIA MENKUFURI NIKMAT INI. MEREKA SAPU SEGALA NIKMAT DAN ANUGERAH INI TETAPI MULUT MEREKA MELUDAH SIPEMBERINYA. INILAH KEBENARAN RASULULLAH. MANUSIA YANG MENAMPILKAN WAJAH AGAMA TETAPI SEBENARNYA MEREKALAH PEROSAK DAN PENJUAL AGAMA SECARA TERAG-TERANG. MOHON ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA KEZALIMAN DAN KEJAHATAN GOLONGAN MUNAFIK INI.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates