Jumaat, 28 Oktober 2011

EXCO-EXCO PAS Tarik Nafas Lega Kalau BN Menang PRU13?

Satu hari, CheNed bersembang dengan salah seorang rakan yang sememangnya ahli PAS tegar. Rakan CheNed ni dulu, mula-mula PAS menang banyak kerusi DUN di Kedah seterusnya menyaksikan Hari Ini Dalam Sejarah Kedah buat Tun Lah dan Tok Det, Kedah jatuh ke tangan PAS, beliau punyalah tersenyum lebar sampai ke telinga.

Cakap pun bukan kemain kuat dan jalan pun macam merak yang ekornya kembang kesemuanya...Katanya PAS boleh tadbir Kedah 1000 kali ganda lebih baik dari UMNO yang digelarnya UMNGOK!

Hari CheNed cakap ngan dia, punyalah terkejut CheNed bilamana rakan ini menyebut parti PAS nya bukan lagi dengan PAS yang dulunya disebut macam kita nak naik bas, kelui bas punyalah kuat...PASSSS!!! Dah tak ada dah...Yang keluar ialah 'p..as'. CheNed suruh sebut lagi..'paih'. CheNed macam tak percaya..CheNed suruh sebut lagi..

'Aku malaih nak sebut dah dua tiga kali lagi..Hampas lah senang!'

CheNed terlopong mulut..Terkejut..'Awatnya hang kata lagu tu? Parti hang kan?'

'Parti memanglah parti aku tapi toksah cakap banyaklah Ned..Malas aku nak cakap pasal politik Kedah ni."

Rakan CheNed terus diam. CheNed faham diamnya kenapa? PAS sudah tak ada 'value' yang benar-benar kuat untuknya bertahan dalam PRU13! 

pssst: Dengar kata, ramai gak EXCO PAS dah mula semak  barang dan 'file' yang mana satu nak kena bawa balik. Persediaan selepas PRU13! Boleh tak kita cetak kad ucapan Sayonara PAS? Boleh dah kot....

3 comments:

paktam@ berkata...

>JGN KITA ANGKUH DAN TAKBUR!!
>TAH2 ADA ORG LAIN DOK PESIAP UTK BACA TALKIN KAT KITA!!
>WALAUPUN HAMBA SEPARTI MCM TUAN HAMBA...TAPI TAHAP KEYAKINAN HAMBA KURANG UNTUK MEMPACAYAI BAHAWA PARTI KITA AKAN DAPAT MERAMPAS KEMBALI KEDAH DARUL AMAN INI!!
>SELAGI ADA BANYAK TEKONG DLM PARTI KITA INI(KEDAH)...HAMBA PERCAYA...KEPUTUSAN DLM PRU13 NI SAMA MCM PRU 12 ATAU BUNGKUIH TERUIH!!
>INGAT!!! TEKONG KITA HANYA SORANG SAJA!!
>KALAU BANYAK TEKONG...SUSAH KITA!
>MAI LA SAMA2 KITA SOKONG PENGERUSI PRHUBUNGAN ...JGN DOK BAGI DIA PENING KEPALA!!
>KITA XMAU...YG LAIN DOK TUMPANG SEMANGKUK!!
>KITA XMAU...CALON YG BOLEH MENANG PUN JADI XBOLEH MENANG...KITA MAU CALON KITA MENANG!!
>DAN JUGAK KITA XMAU WAKIL RAKYAT TG HAK LA NI...KLU XJADI CALON LAGI...JGN DOK TUTUH BELAKANG KITA!!
>HAMBA RASA ..ITULAH PRASYRAT SEBLUM KITA NK TULIS KAD UCAPAN KAT PUAK TU!!

Tanpa Nama berkata...

Saya pun rasanya jumpa macam Che Ned. Bapa Saudara yang berkelulusan agama sangat kuat PASnya. Orang kuat Anwar. Dulu la. Sekarang tak tau la. Dulu kenduri semua puak-puak PAS yang backup. Tapi baru-baru ni saya sungguh terkejut. Saya jarang balik sebab dok jauh. Pekerja-pekerja kendurinya hampir 90% orang-orang yang semua orang tau puak-puak UMNO kampung tu. Adalah juga puak-puak PAS tapi tak ramai sedangkan semua tau kampung tu antara Lubuk PAS. Malah lebih dasyat DJ kenduri ( kami tau dia ni tak memihak belah mana) secara terbuka mempromokan bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh PM dua tiga hari sebelum itu. Saya terkejut jugak. Entah apalah nak jadi ya. Sekadar nak kongsi saja dengan kawan-kawan.

Tanpa Nama berkata...

pusat urut berlluasa. azizan pening kepala. balak habis dah diratah tinggal spender warna merah. hahaha

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates