Jumaat, 28 Oktober 2011

HAPUSKAN PAS SECARA TOTAL


Watan Bertinta

Siapa jua pendokong perjuangan agama Islam dan Melayu tulen akan mendapati sesungguhnya selama lebih 5 dekad tidak ada sebarang manfaat yang dibawa oleh perjuangan PAS. Justeru PAS perlu dihapus secara total.

Siapa jua yang meneliti anak didik tarbiyah PAS akan mendapati insan yang dizahirkan ini dibangun atas sentimen benci pada saudara seagama yang lain dan tinggi dengan fahaman khawarij yakni mendakwa hanya mereka lebih alim, Islam dan lebih baik berbanding puak Islam yang lain. Maka atas rasional ini PAS perlu dihapuskan secara total.

Siapa jua yang mengamati, memahami syiar dan syariat Islam dan setelah dibuat analisis mendalam akan mendapati ajaran PAS BANYAK mengelirukan umat. Menimbulkan permusuhan dikalangan ummah, bercampur aduk antara bidaah, sunnah dan bertekad menghalal yang haram dan mengharamkan yang halal. Maka kecelaruan ini membuktikan PAS, wajib dihapus secara total.

Sesiapa jua yang mengamati sejarah perjuangan PAS akan mendapati, mereka sentiasa berkonfrantasi dengan pemerintah Islam (ulil amri), tidak mahu menumpahkan taat setia pada DYMM Yang Dipertuan Agong selaku khalifah bumi Malaysia, sebab itu banyak fatwa, amanat mereka cipta untuk membentuk aliran amalan Islam ala-PAS. Maka atas wajaran ini PAS wajib dihapus secara total.

Sesiapa jua yang mengamati tingkahlaku dan budaya politik PAS akan mendapati sepanjang 5 dekad PAS sanggup bersekongkol dengan musuh Islam, komunis malah iblis dan syaitan sekalipun semata-mata mahu menumbangkan sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh orang Islam hanya kerana nafsu jahat PAS untuk mentadbir negara nengikut selera dan nafsu jahat mereka semata-mata. Maka wajibnya PAS
dihapuskan sama sekali.

Sesiapa yang berakal waras juga boleh mendapati sepanjang sejarah perjuangan PAS, tipu daya fitnah, aibkan orang, huru-hara, pecah perintah, adu domba, strategi jahat mereka mainan politik PAS. Mereka
tidak pernah mengusahakan perkara baik yang dapat memelihara kemaslahatan dan menguntungkan ummah. Maka dari sudut ini, PAS wajib dihapuskan sama sekali.

Maka beranikah anda sebagai umat ISLAM untuk merdekakan diri dari teru dijahilkan dan dibodohkan oleh pemimpin PAS? Beranikah anda sebagai umat Islam sejati menyoal kembali fatwa songsang dan amanat pembohong pemimpin PAS? Beranikah anda sebagai pejuang Islam tulen untuk menuntut janji-janji Indah PAS berhubung hudud dan penubuhan daulah ISLAMIYAH? Sudah tercapaikah daulah Islamiyah ala PAS di Kelantan dan Kedah?

Kenapa sebagai umat Islam anda boleh membodohkan diri anda dengan dijampi dan dipukau oleh nukilan ayat-ayat pembohong pemimpin PAS?

Maka merdekakanlah diri anda, menghapuskan PAS bukan isu politik atau hanya kerana mahu menangkan UMNO, tidak ada kaitan sama sekali. MENGHAPUSKAN PAS bertujuan untuk selamatkan aqidah umat, memelihara ketenteraman negara ISLAM dan menjaga DAULAH ISLAMIYAH dan memelihara SUNNAH, dengan tidak memerangi dan bermusuhi terhadap sebuah kerajaan ISLAM MALAYSIA yang sudahpun dipimpin oleh orang Islam DAN didalamnya sudahpun terlaksana SYIAR DAN SYARIAT ISLAM dengan begitu baik sungguhpun masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan.

MAKA SAUDARA SE AGAMA SEKELIAN, BANGKITLAH UNTUK HAPUSKAN PAS, MUSUH ISLAM PALING UNGGUL. DAJAL YANG MENUTUPI MATA JAHATNYA DISEBALIK LITUPAN SERBAN DAN KOPIAH PUTIH..

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong, kerana saya juga bekas ahli Pas tegar, saya memegang jawatan tinggi dalam parti tersebut, saya rela keluar dari parti tersebut kerana hendak menjaga akidah, bukan kerana kepentingan politik atau apa saja.

Hari ini saya adalah rakyat biasa yang setia kepada undang-undang negara, saya patuh kepada kerajaan yg dipimpin oleh pemimpin Islam di Malaysia ini. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana begitu mudahnya saya hendak beribadat kepada Allah. Walaupun ada banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di sana sini dalam kepemimpinan kerajaan Malaysia, saya amat berharap ada pakar2 sama ada di bidang ekonomi, politik dan sosial utk bersama2 menggembeling tenaga mencari solusi untuk penambahbaikannya.

Saya juga berharap para ulama bertindak membantu untuk penambahbaikan dalam hal ehwal politik dan undang-undang negara. Tidak guna menjadi ulama atau belajar tinggi2 sampai diiktiraf sebagai ulama tetapi tidak mahu membantu kerajaan yang masih lagi beragama Islam, masih solat, pergi haji, berpuasa di bulan Ramadan dan membayar zakat.

Ulama wajib menegur kerajaan sekiranya berlaku penyelewengan dan kesalahan, dan kerajaan juga wajib mendengar nasihat ulama. Selebihnya, kita kembalikan kepada Allah SWT.

Ulama yang menentang kerajaan beragama Islam adalah ulama suk/jahat. Ulama sebegini adalah PARA PENYERU KE JURANG NERAKA JAHANAM.

Pemerhati Politik Kedah berkata...

PAS memang wajar di hapukan.Aku harap UMNO wajib memerkasakan dirinya sendiri terlebih dulu.Biarlah UMNO berani perjuang Melayu dan Islam dan kaum lain.PAS adalah parti Melayu opurtunis politik dan agama.UMNO juga kena letakkan Islam diatas.UMNo kena buka ruang yang seluasnya bagi penyertaan ilmuan Islam dalam UMNo sendiri.UMNo kena jadi parti Melayu terbuka.UMNO kena manjadi parti Islam/Melayu yang bersih jauh dari segala kemungkaran.UMNO bukan tempat menimbun kekayaan.Ingatlah apa yg telah terjadi di benua Arab.PAS akan terjunam jika UMNO perjuangkan Melayu/Islam dan kaum lain.UMNO rosak kerana pemimpin yang mengepalai UMNO mempunyai daki dan kurap yang memberi penyaklit pada UMNO.Insya Allah PAS akan malap dan padam di bumi Malaysia jika PRU 13 nanti UMNO menonojolkan tokoh ilmuan,bersih,jiwa pejuang,Jauh dari segala kemungkaran yang di murkai Allah.Ingat Allah akan menentukan segalanya sama ada PAS atau UMNO.PAS sudah kelihatan kotor dan comot setanding dengan daki yang ada pada UMNO kini.Semoga UMNO akan kelihatan bersih,telus,harmoni berjiwa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong setuju 101% Pas mesti dihapus secara TOTAL....

Tanpa Nama berkata...

Berok tongkang hang ada mimpi ke,itulah mak bapak hang ajar gi ngaji hang p ngaji kitab umgok kan dah tak tahu mana betul mana salah,kesian mak hang.............dapat anak macam hang.

praha1 berkata...

sonang jo. kalo kito dah tak senado dan tak beraso sonang dengan pas tinggalkan jo. dio potingkan poket jo. kalo tak jadi YB apo caro nak cari makan. berceramh di surau atau masjid? berapo dapet semalam? ni jadi YB banyak apo dongan kontrk? jadi kito ingat bilo pilih YB untu dio berkhidmat untuk rakyat bukan peribadi. Ni tak dah jadi YB yang utamo nak berbini duo. lopes tu nak boli kereto bosar. apo yang dijanji kan ket rakyat tak ditunaikan. jawaplah di sanun nanti. olih itu eden panggil lah oarn taksub pas buko mata dan telinga buet yang baik.

orangeman berkata...

JANGANLAH HAPUSKAN PAS SECARA TOTAL... TARUH SIKIT.. BUAT NAK TUNJUK KAT ANAK CUCU JENERASI AKAN DATANG RUPA BENTUK PAS YANG DEPA TAK PATUT IKUT.. KALAU DAH PUNAH SEMUA TAKDAK APA NAK TUNJUK CONTOH PULAK NANTI.. TAK KAN NAK CERITA SAJA KOT.. KITA SIMPAN SIKIT .. BEDA-BEDA SAMPLE.. BETAPA BURUKNYA RUPA BENTUK PERANGAI DAN BUSUK PERUT ORANG-ORANG PARTI PAS NI.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates