Khamis, 13 Oktober 2011

Hero Kedah


Cikgu umno berkata...

1.Umno kedah masih lemah dan tidak bermaya.UMNO Kedah terutama di bahagian macam dipimpin oleh individu yang belum layak jadi pemimpin akibat politik wang dalam pemilihan yang lalu.Tak layak untuk menduduki JawatanKuasa Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

2.Dari segi budaya dan citarasa pengundi nanti aku ramalkan yang bukan Melayu tidak banyak berubah walaupun sekadar 50%. Manakala pengundi Melayu berpecah-pecah - Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Manakala pengundi atas pagar UMNO belum lagi meminang mereka itu. Kerja pemulihan dan penyatuan dalam UMNO tidak berlaku dan diubati.

3.Setakat hari Kedah belum ada hero nya lagi. Kalau ada pun cuma hero wayang tongkoi sahaja. Nampak hebat diatas pentas dengan irama lagu yang amat sedih.

4.Tokoh harapan Kedah yang aku nampak ialah Dato Mukriz dan Ust Dato Jamil Khir. Itu pun bukan hero lagi. Mungkin hero percubaan yg belum diuji.Yang lain tak ada tokoh lagi. Orang Kedah kanyaq sangat.

5.PAS dan pakatan rakyat ada pengundinya tersendiri. BN pun ada juga undinya tersendiri. Cumanya adakah BN mahu menang atau tidak. Nak menang BN perlu dapat undi majoriti yg lebih.Cumanya UMNO masih syok sendiri.

6.Pilihan pengundi nanti senang sahaja. Nilailah dan lihatlah apa yang berlaku hari ini. Kalau dah tanam padi dengan tidak berbaja maka lalanglah hasilnya. Cara orang buat bendang begitulah perumpamaannya.

7.Variasi politik di Kedah sangat unik terutamanya UMNO. Kalau PAS ikut suka merekalah.UMNO perlu buatlah reformasi dan pada pemimpin yang tak layak perlulah diganti. Ini semua kerana gejala jadi pemimpin kerana politik wang yang berlebihan.Kalau tidak tahu sendirilah.

8.Kesimpulannya UMNO Kedah masih punyai jaringan yang sempit. Seorang tokoh kata yg umno kita masih berada dalam sekitar sangkar masing-masing.

9.Persoalannya sempatkah lagi nak pulun berlari dalam masa yang serba tak cukup ini.

TERIMA KASIH KEDAH TIMES KERANA PERIHATIN

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates