Jumaat, 28 Oktober 2011

Kata duit Balak banyak, kenapa duit Jalan pun disapu?

Duit disalurkan kepada Kerajaan Negeri untuk diberikan kepada JKR Negeri untuk penyelenggaraan Jalan dan bangunan mengikut garispanduan yang disediakan. JKR Kedah sudah pasti pada budget sebelumnya telah mengenalpasti jalan-jalan dan bangunan-bangunan yang perlu penyelenggaraan. Dari situ satu jumlah RM dicadangkan kepada Pusat untuk tujuan tersebut.


Azizan akui ..." saya simpan wang peruntukan tersebut RM100 juta kedalam tabung YAYASAN MENTERI BESAR ...  hanya RM34 juta sahaja yang di belanjakan sejak januari 2011 " 

Dari jumlah RM154 peruntukan kerajaan persekutuan untuk kesejahteraan rakyat negeri Kedah, Azizan juga menambah ..." RM20 juta lagi diagih-agihkan kepada ADUN-ADUN PR Kedah ...  Rakyat kena tanya ADUN-ADUN PR apa yang mereka buat, saya tak tahu "

Kedah Times menyeru MB beri laporan terperinci kemana duit yang dimasukkan ke dalam Yayasan Menteri Besar yang mana kemudian diagih-agihkan kepada ADUN PR. Apakah duit tersebut diguna untuk program parti ?


Salah guna duit baiki jalan? 

JERLUN - Kementerian Kerja Raya mengenal pasti Kedah dan Selangor adalah antara negeri yang menyalahgunakan peruntukan untuk menyelenggara jalan negeri bagi tujuan lain. 

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, penyalahgunaan peruntukan itu dikesan di Selangor pada tahun lalu dan beliau juga difahamkan perkara sama berlaku di Kedah setelah mendapat maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah. 

Menurutnya, peruntukan Kerajaan Pusat itu disalurkan setiap tahun bagi memastikan semua jalan negeri berada dalam keadaan baik tetapi kementerian kecewa kerana ada negeri menggunakan peruntukan itu untuk tujuan lain termasuk pembinaan jalan baru. 

“Setiap Kerajaan Negeri akan diberi peruntukan tertentu bagi penyelenggaraan jalan negeri bergantung kepada jarak atau panjang laluan yang terdapat dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) tetapi sudah disalahgunakan oleh Selangor dan Kedah. 

“Saya pernah membangkitkan isu penyalahgunaan peruntukan kepada Kerajaan Selangor tahun lalu tetapi tidak mendapat maklum balas sewajarnya. 

“Saya turut difahamkan masalah sama berlaku di Kedah dan kita akan memikirkan satu mekanisme terbaik mengatasi masalah ini,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini, semalam. 

Turut hadir Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sharif dan Ketua Wanita UMNO Jerlun, Datuk Maznah Hamid. 

Shaziman berkata, antara cadangan ialah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkan peruntukan itu disalurkan terus ke jabatan yang bertanggungjawab tanpa melalui Kerajaan Negeri. 

“Kita akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Kementerian Kewangan dan mendapatkan pandangan mereka berhubung mekanisme terbaik menyelesaikan perkara ini,” katanya. 

Shaziman juga berkata Kerajaan Pusat bersetuju kerja membaik pulih jalan rosak akibat banjir besar yang melanda Kedah, November lalu dijalankan secara berperingkat.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Parti PAS ni kan suka minta derma dari penyokongnya. Sebab tulah bila memerintah pun mereka tetap perlukan derma dari orang lain terutama Kerajaan Persekutuan. Modal mereka ialah Kedah pun dalam Malaysia juga. Tapi siang malam mereka dok kutuk kerajaan yang dok bagi duit kat mereka tu. Perumpamaannya adalah. Seorang anak dok terima duit dari bapa setiap bulan. Tapi setiap malam anak ini dok kutuk bapanya depan kawan-kawannya di kedai kopi. Inilah perangai 'Islam' mereka. Inilah bangsa tak kenang budi dan tak pernah tahu bersyukur atau berterima kasih. Tak percaya. Tanya puak penyokong mereka. Sembang bila pun mesti kutuk Kerajaan BN dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Depa telan lagi duit rakyat.Ada yang kata simpan dalam tabung.

paktam@ berkata...

> 3 suku x 5= 5 x 3 suku
> tapi hak la ni...nampak gaya lagi teruk dari hak lama!!
>hak lama..atleast sampai jugak serdak kat bawah!!
>tapi hak la ni...jgn kata serdak...habuk pun tadak!!
>INI LAH PARTI YG DOK CANANG KATA NAK JADIKAN KEDAH NEGERI MCM BELANDA...KEDAH SEJAHTERA LA!!
> TAPI BILA DAPAT PERINTAH...JADI HURUHARA!!
>PERHHHHH...AKU INGAT PANAS SAMPAI KEPETANG...RUPA2NYA....HUJAN DITENGAHARI!!!
>MB KEDAH TAK GAGAI!!! .....TAPI EXCO DIA/WAKIL RAKYAT DOK TAMBAH HARTA DAN BINI!!
Paktam@

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates